• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV Stick dapat CPU baru tapi RAM lama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:39 am
  • 30/09/2021
  • Komen
Xiaomi TV Stick dapat CPU baru tapi RAM lama
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam pengkalan data pihak berkuasa pensijilan peralatan elektronik, FCC, telah dikesan satu produk yang dipercayai sebagai pengganti kepada Mi TV Stick dengan nombor model MITVMDZ27AA.

Daripada dokumen yang terkandung dalam laman pensijilan tersebut, produk ini diperkasa SoC Armlogic S905Y4 dan miliki storan 8GB. Dalam pasaran sekarang, sudah ada produk dongle Android TV ini yang menggunakan spesifikasi sebegitu daripada jenama lain.



Dengan beranggapan spesifikasi antara produk ini dengan yang akan Xiaomi lancarkan adalah serupa, anda boleh jangkakan spesifikasi seperti:

  • Sistem operasi Android TV 10
  • Sokongan decoder AV1
  • Output 4K HDR (HDR10, Dolby Vision)
  • Netflix & Prime Video sedia terpasang
  • RAM 2GB DDR3

Bahagian RAM adalah yang paling “potong stim” kerana Mecool KD1 yang saya reviu tempoh hari sudahpun gunakan DDR4 yang jauh lebih pantas dan cekap berbanding DDR3 yang sudah berusia.



Dalam pengkalan data yang sama juga boleh ditemui salinan digital manual yang akan dikepilkan bersama produk.

Ia memaklumkan yang setiap unit akan dibekalkan dengan kabel USB dan sumber kuasa, alat kawalan, dan kabel pemanjang port HDMI.

Seandainyalah spesifikasi ini muktamad, ia masih tak mampu menandingi Mecool KD1 daripada segi spesifikasi teknikal kecualilah TV Stick ini ditawarkan pada harga lebih murah daripada pesaingnya.

Sumber: FCC.io

Tags: android tvandroid tv 10xiaomiXiaomi Mi TV Stickxiaomi tv stick
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick dapat CPU baru tapi RAM lama

Xiaomi TV Stick dapat CPU baru tapi RAM lama

30 September 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER