• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Manchester United tewaskan Squid Game dalam carian popular Google September 2021

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:35 pm
  • 07/10/2021
  • Komen
Manchester United tewaskan Squid Game dalam carian popular Google September 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk carian paling popular Google di Malaysia pada bulan September 2021, 6 daripada 10 merupakan carian mengenai sukan. 5 daripadanya adalah berkaitan bola sepak. Sama seperti sebelum ini, sukan bola sepak turut ada dalam senarai. Ini menandakan pengguna di Malaysia sangat menggemari dan sering mengikuti sukan tersebut.

Selain sukan, turut tersenarai carian mengenai hiburan. Tetapi, semuanya berkaitan hiburan luar Negara. Hal ini mungkin kerana tiada drama atau filem Malaysia yang tular dan menarik pada bulan lalu, sama ada di TV atau platform penstriman. Oleh itu, dalam 10 carian ini, hanya satu sahaja yang melibatkan isu di dalam Negara, iaitu mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Penerima pada asalnya lewat mendapat bantuan kewangan, ia sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos, tetapi ditunda sehingga awal September.



Berikut merupakan senarai terperinci 10 carian paling popular Google di Malaysia pada bulan September 2021:

1. Man United vs West Ham / Chelsea vs Aston Villa

Carian ini melibatkan pertandingan di bawah Piala Carabao. West Ham berjaya menewaskan Manchester United 1-0, sementara Chelsea menjaringkan gol satu sama dengan Aston Villa untuk mencatat keputusan seri.



2. Man United vs Newcastle / Man United vs Aston Villa

Dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United menang dengan skor 4-1 menentang Newcastle. Cristiano Ronaldo bantu The Red Devils menjaringkan 2 gol. Manchester United menduduki tangga teratas Liga perdana Inggeris selepas 4 perlawanan.

3. Pelakon Squid Game

Squid Game merupakan siri Korea popular di Netflix. Ia menceritakan tentang pemain yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk memenangi 46 bilion won bagi melunaskan hutang. Mungkin siri ini memberi kesan mendalam kepada penonton, berikutan ada watak-watak hebat yang mati. Oleh itu, pasti ada penonton yang mencari senarai pelakon Squid Game untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka.

4. BKC Fasa 1 / BKC hasil gov

Proses pengkreditan wang Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 1 bermula pada 6 September 2021 yang lalu. Carian ini dilakukan mungkin untuk memeriksa status kelayakan atau tarikh dan baki bayaran. BKC memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan. 

5. Brazil vs Argentina / World Cup Qualifiers Europe

Perlawanan kelayakan Piala Dunia bola sepak zon Amerika Selatan di antara Brazil dan Argentina di Sao Paolo digantung, selepas pegawai kesihatan Brazil masuk ke padang mendakwa empat pemain dalam pasukan lawan melanggar protokol kuarantin COVID-19 Brazil. Setelah kekecohan berlaku, pemain Argentina kemudian meninggalkan padang dan perlawanan ditamatkan. Perkara ini pastinya mengecewakan peminat pasukan Argentina.

6. Young Boys vs Man United

Manchester United tewas 1-2 menentang pasukan dari switzerland, BSC Young Boys dalam perlawanan Liga Juara-juara UEFA di Stadium Wankdorf. Manchester United bermula baik menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-13. Namun mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35. Manchester United yang tertekan dengan insiden kad merah itu akhirnya bolos pada minit ke-66 dan menerima serangan gol kedua dari Theoson Siebatcheu.

7. Paris Saint-Germain vs Clermont Foot

Paris Saint-Germain menang menentang Clermont Foot dengan skor 4-0 menerusi perlawanan dalam French Ligue 1 pada 11 September 2021. Jaringan gol dilakukan oleh Ander Herrera, Kylian Mbappe dan Idrissa Gueye.

8. Cha Cha Real Smooth

‘Cha Cha Real Smooth’ merupakan sebuah filem yang akan datang mengenai seorang lelaki muda lepasan kolej mempunyai hubungan dengan ibu tunggal. Filem ini dibintangi oleh Dakota Johnson sebagai watak utama. Sebelum ini, Dakota Johnson terkenal melalui wataknya sebagai Ana dalam filem Fifty Shades of Grey .

9. New Zealand vs Bangladesh 

Satu-satunya carian mengenai kriket yang popular pada bulan lepas adalah melibatkan perlawanan antara New Zealand dan Bangladesh. Untuk saingan yang berlangsung di Dhaka ini, New Zealand berjaya mengalahkan Bangladesh dengan 27 larian di T20I.

10. Cute Programmer

Drama Cute Programmer dilancarkan pada 10 September. Ia merupakan drama china bergenre percintaan dan komedi. Drama ini mengisahkan tentang seorang programmer wanita iaitu Lu Li. Dia sukar mendekati lelaki idamannya serta mempunyai konflik di dalam pekerjaan. Untuk menontonnya, anda boleh kunjungi WeTV.

Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Manchester United tewaskan Squid Game dalam carian popular Google September 2021

Manchester United tewaskan Squid Game dalam carian popular Google September 2021

7 October 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER