• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri tak faham arahan mudah, setelah kemaskini ke iOS 15

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:25 am
  • 08/10/2021
  • Komen
Siri tak faham arahan mudah, setelah kemaskini ke iOS 15
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan menggunakan Siri di iPhone, pengguna boleh memberikan arahan suara kepadanya untuk melakukan tindakan pada peranti seperti memainkan lagu, membuat panggilan dan tetapkan penggera. Ia sangat berguna kerana dapat membantu pengguna mengakses telefon dalam situasi yang rumit, contohnya ketika pengguna iPhone sedang memandu.

Tetapi dengan kemaskini iOS 15, dikatakan bahawa Siri tidak berfungsi untuk melakukan beberapa tugas asas. Perkara ini tentunya mengecewakan mereka yang mungkin bergantung pada Siri sebagai alat aksesibiliti.



Menurut MacRumors, arahan Siri yang berkaitan dengan panggilan telefon, peti mel suara (voicemail) dan e-mel, secara tiba-tiba berhenti berfungsi. Ini turut menimbulkan kebimbangan pengguna di forum AppleVis. Apple Vis merupakan sumber dalam talian untuk individu buta dan mempunyai masalah penglihatan yang menggunakan produk Apple. Antara arahan yang dikeluarkan dari Siri ialah:

  1. Do I have any voicemails? (Adakah saya mempunyai mel suara?)
  2. Play my voicemail messages (Mainkan mesej mel suara saya)
  3. Check my call history (Semak sejarah panggilan saya)
  4. Check my recent calls (Periksa panggilan terakhir saya)
  5. Who called me? (Siapa yang memanggil saya?)
  6. Send an email (Hantar emel)
  7. Send an email to… (Hantar emel kepada)

Untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini, saya cuba menggunakan Siri dengan memberi 7 arahan tersebut melalui iPhone 11, yang sudah dinaik taraf ke iOS 15. Setelah memberi arahan tersebut, Siri hanya membalas “I can’t help with that, but you can ask me to open the Phone app.” Tetapi, apabila saya memberi arahan selain dari 7 perkara ini, Siri masih boleh memberi tindak balas yang baik. Contohnya, saya sebut “Hey Siri, I want Facetime”, Siri membalas “Who would you like to FaceTime with?”. Manakala apabila saya memberi arahan, “Hey Siri, Clock” Siri turut bukakan aplikasi jam untuk saya.



Sebelum ini, Apple ada menyenaraikan Siri sebagai salah satu ciri yang boleh digunakan oleh pengguna dengan masalah penglihatan. Namun, dengan masalah ini, pastinya ia akan menjejaskan urusan mereka menavigasi telefon. Bukan sahaja pengguna dengan masalah penglihatan malah ia turut memberi kesan kepada pengguna dengan gangguan motor.

[Sumber: Gizmodo]

Tags: ios15
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Siri tak faham arahan mudah, setelah kemaskini ke iOS 15

Siri tak faham arahan mudah, setelah kemaskini ke iOS 15

8 October 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER