• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS iOS

TIPS: Cara matikan pembelian dalam aplikasi di iOS

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:49 pm
  • 10/10/2021
  • Komen
TIPS: Cara matikan pembelian dalam aplikasi di iOS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, ada berita mengenai seorang kanak-kanak menggunakan iPad membeli cincin emas di AppStore bernilai USD 16,000 menggunakan kad kredit ibunya. Hal ini dilakukan tanpa pengetahuan ibunya, sehinggalah wanita tersebut menghubungi Apple untuk mendapatkan pengesahan.

Kebanyakan aplikasi di peranti iOS kemungkinan besar ada menyediakan ruang pembelian, terutamanya jika ia adalah aplikasi permainan. Pembelian selalunya boleh dilakukan untuk meningkatkan hayat karakter permainan dan untuk naik ke tahap seterusnya secara pantas. Pembelian dapat dilakukan dengan mudah, apabila kad kredit sudah ditetapkan di dalam sistem. Oleh itu, ada dua cara mudah untuk menyekat pembelian dari dilakukan tanpa keiizinan anda.



Cara matikan pembelian dalam aplikasi di peranti iOS

Bagi mengelakkannya, berikut merupakan cara untuk mematikan pembelian di dalam aplikasi, bagi peranti iOS:

  1. Buka Screen Time dalam tetapan
  2. Pilih Content & Privacy Restrictions
  3. Hidupkan Content & Privacy Restrictions 
  4. Kemudian tekan iTunes & App Store Purchases
  5. Pada In-app Purchases, tetapkan Don’t Allow

Setelah selesai, sesiapa sahaja tidak boleh melakukan pembelian dalam aplikasi di iPhone anda.



Selain matikan In-app Purchases, anda juga boleh pilih menetapkan kata laluan untuk sebarang pembelian. Jadi, anda tidak perlulah hidup dan matikan semula ciri In-app Purchases, jika perlu membeli sesuatu. Untuk aktifkan kata laluan, pada bahagian iTunes & App Store Purchases, anda boleh pilih Always Require di bawah Require Password. Tukarkan In-app Purchases tadi kepada Allow. Anda boleh pilih antara dua tetapan ini mengikut kesesuaian.

Ask to Buy, halang anak buat pembelian dalam aplikasi tanpa persetujuan

Jika anda sudah tetapkan Family Sharing pada peranti iOS anda dan keluarga, anda boleh aktifkan Ask to Buy untuk mencegah anak-anak membuat pembelian dalam aplikasi tanpa persetujuan. Dengan Family Sharing, anda boleh tetapkan satu pengguna untuk menyetujui pembelian aplikasi. Ibu bapa kemudian boleh menyemak pembelian dan menandatanganinya menggunakan ID Apple.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Pada tetapan tekan nama anda dan pilih Family Sharing
  2. Cari dan tekan nama anak anda
  3. Pilih Ask To Buy untuk aktifkannya.

Dengan melakukan sekatan pembelian ini, pasti ia dapat mengawal anak-anak anda daripada membeli sesuatu di aplikasi tanpa pengetahuan anda.

[Sumber: Digitaltrends]

Tags: iOSipadiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara matikan pembelian dalam aplikasi di iOS

TIPS: Cara matikan pembelian dalam aplikasi di iOS

10 October 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN