Selain Moto G5S Plus, Moto juga memperkenalkan sebuah lagi telefon untuk pasaran tempatan. Moto X4 memiliki spesifikasi yang lebih tinggi berbanding Moto G5S Plus dan miliki satu ciri yang unik dalam kelasnya iaitu kalis debu/air pada tahap IP68.
Tak banyak peranti kelas pertengahan yang memiliki kekalisan pada tahap itu dan biasanya ciri ini ditemui pada telefong flagship yang lebih mahal. Depan dan belakang telefon ini dilapisi kaca Corning Gorilla Glass untuk memberikan kesan pantulan yang unik.
Daripada segi prestasi, sekeping cip Snapdragon 630 yang digandingkan bersama RAM 4GB. Anda boleh menyimpan segala data dalam storan bersaiz 64GB dan jumlahnya boleh diperluas melalui slot hibrid pada telefon ini..
Moto X4 juga memiliki sistem kamera yang menarik. Berbanding sensor monokrom sebagai kamera sekunder seperti yang ada pada G5S Plus, kamera sekudner Moto X4 memiliki lensa bersudut pandang luas. Anda akan beroleh gambar seluas sebuah kamera aksi.
Untuk kamera belakang utama pula, ia dilengkapi dengan kamera 12MP F2.0 manakala bagi tujuan berselfie, anda boleh menggunakan kamera depan 16MP F2.0.
Menguasakan segala kelengkapan elektronik pada telefon ini adalah sekeping bateri berkapsiti 3,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas.
Moto x4 dijual pada harga RM1,899 dan boleh didapatkan melalui kedai dalam talian mereka di Lazada.