• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Outlet pertama Five Guys Malaysia dibuka di Genting Highlands, tapi ada satu kekurangan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:04 pm
  • 25/10/2021
  • Komen
Outlet pertama Five Guys Malaysia dibuka di Genting Highlands, tapi ada satu kekurangan
Share on FacebookShare on Twitter

Rantaian kedai makan segera terkenal di Amerika Syarikat, Five Guys, mengumumkan yang outlet pertama mereka di Malaysia telah beroperasi di Genting Highlands. Outlet berkeluasan lebih 2,000 kaki persegi itu letaknya di:

Lot SA-T2A-25, Zouk Atrium,
Sky Avenue
Genting Highlands Resort,
69000 Pahang



Anda boleh dapatkan pelbagai juadah burger, sosej, susu kocak, dan minuman ringan lain di sana.

Dalam kenyataan media yang dikongsikan kepada kami, outlet ini tiada menu yang berasaskan babi ataupun lemaknya bagi membolehkan lebih ramai peminat menikmatinya. Tidaklah dinyatakan adakah sumber daging yang digunakan asanya daripada pembekal daging halal namun sekiranya anda menitik beratkan tentang sijil halal, Five Guys masih belum muncul dalam Direktori Halal Malaysia.



Antara keunikan yang ingin diketengahkan oleh Five Guys adalah konsep rantaian makanan segera segar. Misalnya, sekiranya anda beli burger pada hari tersebut, anda boleh yakin yang rotinya dihasilkan pada hari itu. Semua french fries yang dikepilkan bersama pesanan adalah dipotong tangan, bukan mesin dan digoreng dalam minyak kacang.

Di outlet mereka, ketuhar gelombang mikro tidak digunakan langsung bagi membuktikan mereka menyediakan hidangan mengikut pesanan, bukannya prasiap.

Seterusnya, sayuran yang anda nak letak pada burger boleh di-customize-kan. Konsepnya sama macam anda pesan sandwich di Subway, cumanya di Five Guys anda lakukannya pada burger. Ada 15 pilihan disediakan daripada sayuran dan kicap.

Anda boleh ikuti Five Guys Malaysia di laman web dan saluran medsos mereka (Facebook, Instagram & Twitter)

Tags: five guysGenting Highlandsmakan
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Outlet pertama Five Guys Malaysia dibuka di Genting Highlands, tapi ada satu kekurangan

Outlet pertama Five Guys Malaysia dibuka di Genting Highlands, tapi ada satu kekurangan

25 October 2021
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER