Family Mart Malaysia menyambut ulang tahun kelima mereka dengan memperkenalkan dua cawangan beserta konsep baharu. Melaluinya, mereka mengetengahkan ciri dan rekabentuk yang berkelas (classy), ‘food superstore’ serta menambah ciri yang boleh meningkatkan keselesaan pelanggan.
Sebaik sahaja pelanggan masuk ke kedai, pelanggan dapat lihat tempat duduk dengan rekaan baru. Ada dua rekaan, pertama untuk pelanggan yang datang seorang diri atau berdua, mereka boleh bersandar pada dinding serta ada penghadang di sisi. Kemudian ada disediakan tempat duduk untuk 4 pelanggan duduk bersama. Di situ juga ada dinding yang dicat dengan suasana tenang beserta corak berinspirasikan Jepun.
Dengan ‘food superstore’, pelanggan akan disediakan pelbagai pilihan makanan yang sedia untuk dimakan dan sejuk beku di bawah label FamilyMart. Contoh makanan sejuk beku adalah seperti Oden serta kuahnya dan roti paratha. Maka, pelanggan boleh bawa pulang ke rumah atau pejabat untuk masaknya sendiri pada bila-bila masa.
Selain itu, dalam rangkaian baharu ini juga ada lebih daripada 100 produk makanan disediakan. Ia merangkumi aneka makanan sedia dimakan, makanan sejuk beku dan pencuci mulut.
Di samping itu, FamilyMart Hot Snacks (Snek Panas FamilyMart) juga telah ditambah dengan pelbagai pilihan hidangan panas grab and go. Antaranya Corn Sausage, Fried Pan (roti bakar Jepun), Sandwich Croissant dan Ramen. Maka, pelanggan ada lebih banyak pilihan juadah selain hidangan biasa seperti Oden, Sofuto dan Brown Sugar Bubble Milk.
Mereka tidak mengubah banyak pada bahagian ini. Cuma, ada sedikit perbezaan apabila anda membelinya. Sekiranya anda mahukan makanan bergoreng, mereka akan gorengnya sebaik sahaja anda memesan. Maksudnya, anda tidak akan makan makanan yang sudah lama masak. Namun, anda perlu tunggu sedikit masa untuk dapatkan makanan segar yang baru dimasak.
Kedai konsep ‘Food Superstore‘ pertama ada di Family Mart Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong. Mereka rancang untuk menambah 20 kedai konsep seperti ini sekurang-kurangnya satu di setiap negeri, menjelang akhir tahun 2021. Cawangan Bandar Puteri Puchong sudah beroperasi, manakala Family Mart Sri Petaling boleh mula dikunjungi bermula 10 November 2021.