• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

11.11: 50% diskaun dan 50% lebih kuota dalam Jualan Digi 11.11

  • OLEH Najib
  • 11:56 am
  • 10/11/2021
  • Komen
11.11: 50% diskaun dan 50% lebih kuota dalam Jualan Digi 11.11
Share on FacebookShare on Twitter

Digi tidak melepaskan peluang untuk menyertai kehangatan Jualan 11.11 dengan melancarkan Jualan Digi 11.11, eksklusif di platform dalam talian Digi. Promosi ini berjalan daripada 9 hingga 15 November 2021, menyediakan tawaran hebat untuk pascabayar, prabayar dan internet mudah alih.

Terdapat empat tawaran Digi dalam promosi kali ini dan semuanya hanya terdapat di dalam talian sahaja.



1. Diskaun 50% Hayat Super Panjang Prabayar

Pengguna prabayar Digi terpilih, boleh memastikan talian mereka aktif selama 6 bulan dengan membayar RM34 sahaja (harga biasa RM68) dalam Jualan Digi 11.11 ini. Ini memudahkan pengguna untuk melanggan pelan menarik prabayar Digi yang terdapat di aplikasi MyDigi tanpa risaukan hayat talian.

2. Vivo Y20 (2021) hanya RM99

Digi memperkenalkan pakej PowerJimat bagi memberi lebih banyak penjimatan kepada pengguna. Khas dalam Jualan Digi 11.11, diskaun sebanyak RM550 diberikan untu pembelian Vivo Y20 (harga biasa RM649). Jadi pengguna hanya membayar RM99 untuk memiliki telefon ini, bersama kontrak 12 bulan pelan Digi Postpaid 60 yang menyediakan 30GB data dan panggilan tanpa had. Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di Digi Store Online.



3. 50% lebih kuota Digi Mobile Broadband 105

Pelanggan baru yang mendaftar pelan jalur lebar Digi Broadband 105 dalam tempoh promosi ini, akan menerima 50% kuota lebih banyak selama 12 bulan, iaitu 150GB berbanding 100GB dengan harga sama RM105/bulan. Tawaran ini terdapat dengan pendaftaran di Digi Store Online sahaja.

Ganjaran tambahan disediakan untuk pelanggan Digi sedia ada, dengan pelan Digi Postpaid 60 dna ke atas. Rebat sebanyak RM10/bulan akan diberikan jika melanggan pelan Digi Broadband 105.

4. Diskaun 50% untuk SIM Digi Gadget

Pengguna Digi Postpaid 60 dan ke atas, boleh mendapatkan kad SIM tambahan untuk gajet mereka pada harga RM5/bulan selama 12 bulan, berbanding harga RM10/bulan. Ini membolehkan pengguna memberikan sambungan internet kepada gajet mereka seperti tablet dan jam pintar, dengan berkongsi kuota pelan internet utama. Tawaran eksklusif ini hanya terdapat di Digi Store Online.

Untuk maklumat lanjut tentang semua tawaran Digi ini, boleh layari laman web 11.11 Digi Sale.

Tags: 11.11digi
Najib

Najib

POPULAR

11.11: 50% diskaun dan 50% lebih kuota dalam Jualan Digi 11.11

11.11: 50% diskaun dan 50% lebih kuota dalam Jualan Digi 11.11

10 November 2021
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN