• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pilihan Raya Negeri pacu dua negeri ini untuk terima 5G terawal?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:25 pm
  • 29/11/2021
  • Komen
Pilihan Raya Negeri pacu dua negeri ini untuk terima 5G terawal?
Share on FacebookShare on Twitter

Mana-mana negeri yang adakan pilihan raya tentu sekali akan didahulukan apabila servis 5G tiba. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kepada pihak media.

Pada 14 November, dia mengatakan tentang 5G didahulukan di Melaka dan Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka diadakan pada 20 November. Pada 27 November pula, Annuar bercerita perkara yang sama untuk Sarawak dan PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember. Namun, yang masih jadi misteri adalah bilakah pengguna kebanyakan seperti kita boleh menikmatinya?



Menurut Digital Nasional Berhad (DNB), entiti yang ditubuhkan kerajaan bagi merealisasikan rangkaian 5G di Malaysia, ia akan dilancarkan selewat-lewatnya pada Disember 2021. Cumanya, berapa luas cakupan servis itu pada hari pengenalannya masih tidak diketahui.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan DNB, pengguna di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, dan Kuala Lumpur nampaknya akan jadi yang terawal menikmatinya. Tidak pernah pula dinyatakan tentang negeri seperti Melaka dan Sarawak.



Untuk 5G, kerajaan telah mewujudkan DNB yang bertindak sebagai penyedia rangkaian. Mereka ini akan bertanggungjawab untuk menyelenggara kelengkapan seperti tiang pemancar dan sebagainya. Di pihak telco, mengikut perancangan, mereka akan menjadi pelanggan kepada DNB dengan cara membeli servis 5G pada harga pukal dan menjualnya semula kepada kita.

Itu cerita daripada sebelah pihak, cerita daripada sebelah lagi kedengaran tidak meyakinkan. Menurut laporan Reuters, masih belum ada telco yang bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G yang dibangunkan DNB disebabkan masalah kertas kerja yang tidak telus termasuklah struktur harga.

Kalaupun DNB tetap ingin melancarkan rangkaian 5G mengikut jadual, mungkinkah mereka lakukannya tanpa telco sebagai fasa percubaan beta?

Sumber: MalayMail, 2, NST, Reuters

Bacaan berkaitan

Harga data 5G akan lebih murah daripada 4G sekarang – SoyaCincau.com

Pelancaran 5G di Malaysia mungkin lewat kerana tiada yang bersetuju dengan perjanjian DNB – SoyaCincau.com

Tags: 5gDNB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pilihan Raya Negeri pacu dua negeri ini untuk terima 5G terawal?

Pilihan Raya Negeri pacu dua negeri ini untuk terima 5G terawal?

29 November 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN