• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazon

Manusia kaji kesan gelapkan matahari guna simulasi di komputer awan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:27 pm
  • 02/12/2021
  • Komen
Manusia kaji kesan gelapkan matahari guna simulasi di komputer awan
Share on FacebookShare on Twitter

Manusia sejak dulu telah mengikuti rapat fenomena seperti kesan rumah hijau dan kebocoran lapisan ozon yang menyebabkan suhu dunia meningkat daripada tahun ke tahun. Manusia juga giat mengkaji alternatif lain.

Kalau tak mampu kurangkan karbon dioksida, apa kata kurangkan cahaya matahari yang masuki atmosfera bumi. Perkara ini bias berlaku secara semula jadi contohnya bila berlaku letusan besar gunung berapi yang mengubah iklim sesuatu lokaliti itu.



Bezanya, saintis ingin mengkaji kesannya jika ia dilakukan secara sintetik seperti menyebarkan bahan yang memantul cahaya dalam atmosfera.

Yang menariknya, mereka kini sedang menjalankan 30 simulasi ekosistem bumi menggunakan servis pengkomputeran awan Amazon (Amazon Web Services). Antara pembolehubah yang dikaji adalah seperti paras laut, suhu, kecerahan cahaya matari, paras karbon dioksida, dan beberapa yang lain.



Biasanya, kajian seperti ini dilakukan di kelengkapan supercomputer. Komputer yang disaling hubung secara fizikal dalam satu lokasi bagi menggabungkan kuasa pemprosesnya untuk melakukan pengiraan kompleks.

Tapi, untuk penyelidikan ini, tugasan itu digalas oleh servis pengkomputeran awan, kemudahan komputer miliki Amazon yang bertebaran di seluruh dunia yang berpadu secara maya.

Antara kelebihan menggunakan pengkomputeran awan adalah fleksibiliti daripada segi pengskalaan kuasa komputer. Pada pengkaji, mereka hanya perlu beli kuasa komputer seperti yang diperlukan dan ia menjimatkan.

Cuba anda lihat supercomputer paling berkuasa di dunia. Mereka menelan hampir 30MW elektrik sewaktu beroperasi. Untuk perbandingan, elektrik yang anda gunakan di rumah adalah 0.00024MW.

Sumber: Gizmodo

Tags: alam sekitaramazonamazon web servicesAWS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Manusia kaji kesan gelapkan matahari guna simulasi di komputer awan

Manusia kaji kesan gelapkan matahari guna simulasi di komputer awan

2 December 2021
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER