• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Filem 60-an berjudul Omicron jadi tumpuan, selepas varian Omicron dikesan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:47 pm
  • 03/12/2021
  • Komen
Filem 60-an berjudul Omicron jadi tumpuan, selepas varian Omicron dikesan
Share on FacebookShare on Twitter

Varian Omicron COVID-19 merupakan varian yang lebih bahaya dari Delta. Ia pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada 24 November 2021. Sudah tentu varian ini membawa kembali rasa bimbang terhadap kesan COVID-19 dan penularannya di sekeliling kita.

Di samping itu, kedatangan varian ini juga membuatkan dua filem lama berjudul Omicron dan The Visitor from Planet Omicron menjadi tumpuan. Oleh kerana judulnya mempunyai nama yang sama dengan varian yang digeruni sekarang, dua filem tersebut mendapat tempat dalam senarai sohor carian Google. Kedua-dua filem ini sebenarnya berkaitan dengan serangan makhluk asing, bukanlah mengenai varian Omicron.



Omicron merupakan filem Itali yang diterbitkan pada tahun 1962. Filem komedi sains fiksyen ini menceritakan tentang makhluk asing yang mengambil alih tubuh seorang manusia yang sudah mati. Mayat itu kemudiannya hidup semula selepas dihuni oleh makhluk asing. Tujuan makhluk tersebut melakukannya adalah untuk belajar mengenai bumi supaya dapat menawan planet ini. 

Manakala filem The Visitor from Planet Omicron pula diterbitkan pada tahun 2013. Ia menceritakan tentang alien yang datang ke bumi dengan membawa virus dan berjumpa dengan seorang wanita dari Arizona.



Jika anda suka menonton filem dengan kandungan makhluk asing, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk cari dan tonton kedua-dua filem ini.

[Sumber: Syok, UM]

Bacaan berkaitan

  • Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia
  • COVID-19 varian Omicron: Maklumat yang anda perlu tahu
Tags: omicronvarian omicron
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Filem 60-an berjudul Omicron jadi tumpuan, selepas varian Omicron dikesan

Filem 60-an berjudul Omicron jadi tumpuan, selepas varian Omicron dikesan

3 December 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER