• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kalis air IP67 akan ada di telefon Samsung yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 06/12/2021
  • Komen
Kalis air IP67 akan ada di telefon Samsung yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Kalis air dan debu di telefon pintar biasanya ada di telefon pintar kelas flagship yang mahal sahaja. Tetapi tahun ini, Samsung menyediakan ciri kalis air dan debu IP67 kepada telefon pintar di bawah RM2,000 iaitu Galaxy A72 dan Galaxy A52.

Bagi tahun hadapan, Samsung dikhabarkan akan membawakan ciri kalis air dan debu kepada telefon pintar Galaxy A yang lebih murah. Antaranya Galaxy A33.



Perkara ini disahkan oleh portal Sammobile di mana sumber industri mereka memaklumkan bahawa Galaxy A33 akan memiliki ciri kalis air dan debu IP67. Bermakna, ia boleh masuk ke dalam air bersih sedalam 1 meter sehingga 30 minit lamanya. Ia adalah pengikitirafan yang sama digunakan di Galaxy A72 dan Galaxy A52.

Dengan ciri kalis air dan debu ini, pengguna tidak perlu risau lagi berlari di bawah hujan lebat, atau telefon terjatuh ke dalam air. Tetapi ia akan jadi lebih menarik jika Samsung berjaya membawa ciri kalis air dan debu ini kepada telefon yang berharga di bawah RM1,000, seperti Galaxy A13 atau Galaxy A23 akan datang.



Daripada berita terbocor yang telah tersebar, Galaxy A33 5G akan mengekalkan rekaan badan plastik seperti siri Galaxy A sekarang. Tetapi ia tidak lagi menyediakan lubang jek audio 3.5mm. Galaxy A33 5G bakal menggantikan model Galaxy A32 5G dan dijangka memiliki skrin AMOLED HD Penuh 6.4-inci bersama 4 kamera belakang.

Adakah anda bersedia menerima ciri kalis air dengan mengorbankan jek audio? Harapnya slot kad mikroSD juga tidak menjadi mangsa inovasi Samsung Galaxy A yang akan datang.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan Berkaitan

  • Boleh ke dapat telefon kalis air dengan harga mampu milik?
  • Samsung Galaxy A72 & A52: Duo midrange berbaloi telah kembali
  • Galaxy A52s dapat SoC baru tapi lain-lain lama
Tags: samsungSamsung Galaxy A33
Najib

Najib

POPULAR

Kalis air IP67 akan ada di telefon Samsung yang lebih murah

Kalis air IP67 akan ada di telefon Samsung yang lebih murah

6 December 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN