• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel Share, permudah bayar minyak di Petronas sesama ahli keluarga

  • OLEH Najib
  • 8:40 pm
  • 11/12/2021
  • Komen
Setel Share, permudah bayar minyak di Petronas sesama ahli keluarga
Share on FacebookShare on Twitter

Setel adalah aplikasi pembayaran digital oleh Petronas, memudahkan pembayaran tanpa sentuh di stesen minyak Petronas. Kini mereka melancarkan fungsi baharu dipanggil Setel Share. Ini akan membolehkan ahli keluarga dan mereka yang tersayang, menggunakan dompet Setel anda untuk membuat bayaran.

Setel Share membenarkan sehingga dua orang dimasukkan di dalam kumpulan perkongsian, tetapi mereka perlulah mendaftar sebagai pengguna Setel dahulu. Jika belum mendaftar, anda boleh berkongsi kod rujukan supaya anda dan mereka menerima RM5 kredit Setel sebagai bonus.



Sebagai pengguna utama, anda boleh memeriksa perbelanjaan ahli dan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi. Buat masa ini, fungsi perkongsian ini hanya boleh digunakan untuk membayar petrol di pam, tidak boleh digunakan untuk membayar di Kedai Mesra. Pengguna utama juga akan menerima notifikasi masa nyata setiap kali transaksi dibuat.

Sebelum anda boleh mengaktifkan Setel Share, anda perlu menaik taraf akan Setel kepada dompet yang lebih besar. Sebelum ini, Setel Wallet memiliki saiz maksimum RM500, tetapi kini boleh dinaik taraf kepada RM5,000. Untuk menaik taraf, anda perlu melaksanakan proses electronic Know Your Customer (eKYC) iaitu mengambil gambar kad pengenalan anda serta swafoto.



Untuk menambah ahli Setel Share pula, hanya tekan pada butang “More” di bawah skrin dan pilih “Setel Share”. Walaupun Setel menyokong pembayaran terus kad kredit, fungsi Share hanya membenarkan pembayaran daripada Setel Wallet. Jadi, pengguna utama perlu memastikan baki mencukupi sebelum ahli membuat sebarang transaksi.

Bagi mengelakkan kegagalan pembayaran atau situasi yang memalukan, anda boleh mengaktifkan fungsi “auto top-up” daripada kad debit atau kredit yang disimpan. Anda boleh menetapkan ia menambah nilai secara automatik apabila mencecah jumlah minimum tertentu, dan memilih jumlah tambah nilai tertentu sekurang-kurangnya RM20.

Aplikasi Setel terdapat di Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGallery.

Bacaan berkaitan

  • Isi minyak dengan TNG eWallet RFID di Shell boleh mula diuji
  • CaltexGO, aplikasi pembayaran tanpa tunai dilancar di Malaysia
  • Anda Boleh Pam Petrol Guna Mata Ganjaran Mesra Dari APP Setel
Tags: PetronassetelSetel Share
Najib

Najib

POPULAR

Setel Share, permudah bayar minyak di Petronas sesama ahli keluarga

Setel Share, permudah bayar minyak di Petronas sesama ahli keluarga

11 December 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN