• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:15 pm
  • 01/06/2018
  • Komen
Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apakah aplikasi pilihan anda untuk bulan Ramadhan ini? Kami ada menyenaraikan beberapa perisian yang dapat membantu di bulan Ramadhan ini melalui Kit Ramadhan 2018 untuk telefon anda. Tetapi ada satu lagi aplikasi yang sangat berguna, dan kini ia rasmi dilancarkan di Malaysia.

Muslim Pro adalah aplikasi yang dimaksudkan. Untuk bulan Ramadhan ini, ia adalah aplikasi berkaitan Islam paling banyak dimuat turun, di Apple Appstore dan juga di Google Playstore. Jumlah keseluruhan muat turunnya di seluruh dunia sehingga kini ialah sebanyak 52 juta.



Muslim Pro adalah aplikasi semua-dalam-satu untuk umat Islam. Ia menyediakan fungsi seperti waktu solat yang tepat, arah kiblat, bacaan serta terjemahan Al-Quran, senarai restoran halal, senarai masjid berhampiran, kalkulator zakat dan banyak lagi fungsi lain. Semuanya di dalam satu aplikasi sahaja.

Aplikasi Muslim Pro dibangunkan oleh Bitsmedia yang berpusat di Singapura. Pengasasnya, Erwan Mace adalah keturunan Perancis serta pernah menyertai Google. Tahun lepas, Affin Hwang Asset Management (AHAM) dan CMIA Capital Partner (CMIA) bersama menjadi pemegang saham majoriti Bitsmedia dan mahu mengembangkan aplikasi ini ke peringkat antarabangsa.



Malaysia menjadi pasaran luar pertama buat Muslim Pro. Bitsmedia melantik Nik Emir Din selaku Pengurus untuk Muslim Pro Malaysia. Dari situ, Muslim Pro telah menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat dan institusi di Malaysia seperti Shopee, Celcom dan Malaysia Airlines.

Muat turun dan penggunaan Muslim Pro adalah percuma, tetapi terdapat iklan di dalamnya. Dengan membayar untuk versi Premium, pengguna dapat menikmati aplikasi tanpa ada lagi iklan, lebih banyak pilihan suara Azan dan Al-Quran, kebolehan muat turun Al-Quran untuk didengar luar talian, serta lebih banyak tema warna antaramuka.

Versi Premium Muslim Pro boleh dicuba secara percuma selama 7 hari. Jika berminat, pengguna boleh melanggan dengan kadar RM3.90 sebulan, atau RM19.90 setahun, ataupun membayar RM114.90 untuk penggunaan seumur hidup.

Tetapi sebagai pengenalan awal, orang ramai boleh mendapatkan Muslim Pro pada harga promosi, eksklusif di Shopee. Langganan seumur hidup Muslim Pro boleh dibeli pada harga RM69 sahaja, diskaun sebanyak 40%.

Aplikasi Muslim Pro boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore. Jika membeli langganan dari Shopee, ia boleh diaktifkan menerusi tetapan tebus kod promosi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web get.muslimpro.com dan Facebook Muslim Pro.

Tags: Muslim ProRamadhan
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

Muslim Pro aplikasi Islamik semua-dalam-satu dilancar di Malaysia

1 June 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER