• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:13 am
  • 22/12/2021
  • Komen
Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1
Share on FacebookShare on Twitter

Lei Jun daripada Xiaomi dulu mengwar-warkan yang Xiaomi 12 hasilan syarikatnya akan jadi yang pertama diperkasa Snapdragon 8 Gen 1. Ia adalah perkara biasa sejak beberapa generasi telefon dulu, tapi untuk flagship 2022, sifirnya sudah berubah. Dalam pasaran China, siri Motorola Edge X30 sudahpun boleh didapati dalam kalangan pengguna di sana lantas menjadi yang pertama.

Selain menggunakan cip flagship 2022, apa yang menarik dengan telefon ini adalah kamera depannya yang menggunakan kamera di bawah paparan, antara yang pertama boleh didapati pengguna dalam pasaran. Ia menempatkan kamera selfie 60MP untuk digunakan.



Tetapi kamera terbenam disebalik skrin hanya bila ditemukan pada Edge X30 Special Edition sementara versi biasa, ia menerima paparan berlubang biasa. Itu sajalah perbezaan antara kedua-duda telefon ini.

Siri Edge X30 memperagakan panel paparan OLED sebesar 6.7” pada resolusi FHD+. Kadar segar semulanya boleh pergi sehingga 144Hz.



Di bahagian belakang, ada tiga buah kamera tersemat di penjuru kiri telefon. Dua daripadanya menggunakan sensor 50MP iaitu kamera utama dan ultralebar. Tiada kamera telefoto disertakan pada telefon ini kerana kamera ketiganya adalah kamera depth 2MP.

Sungguhpun SoC kali ini menyokong LPDDR5X, Motorola masih mengenakan komponen LPDDR5 yang biasa dan ia boleh didapati pada kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB. Segala komponen elektronik telefon ini menerima tenaga daripada tangki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 68W.

Tentu ramai yang bertanyakan tentang prestasinya disebabkan ini adalah yang pertama gunakan SoC dalam kategori 4nm. Berdasarkan ujian dalaman Motorola, ia memberikan sehingga 20% penokokan pada prestasi CPU, 30% lebih tinggi prestasi GPU, dan 400% lebih baik prestasi AI berbanding Snapdragon 888+.

Ia dibuktikan dengan kedudukan telefon ini dalam carta skor Antutu sebagai telefon yang menerima skor tertinggi setakat ini.

Motorola Edge X30 setakat ini hanya dijual di China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB3,199 (RM2,112)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB3,399 (RM2,244)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB3,599 (RM2,376)
  • RAM 12GB + storan 256GB (Special Edition) – RMB3,999 (RM2,640)

Sumber: GSMArena

Bacaan berkaitan

Motorola Edge 20 Pro, telefon dengan Snapdragon 870 dibuka tempahannya di dalam pasaran Malaysia – SoyaCincau.com

Xiaomi 12 terus jadi yang pertama gayakan cip flagship Snapdragon – SoyaCincau.com

Tags: androidMotorolamotorola edge x30motorola edge x30 special edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

Motorola Edge X30 sailang Xiaomi 12 jadi yang pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

22 December 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER