• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Lihat berapa banyak anda pesan makanan di GrabFood melalui Year In Cravings

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:05 pm
  • 31/12/2021
  • Komen
Lihat berapa banyak anda pesan makanan di GrabFood melalui Year In Cravings
Share on FacebookShare on Twitter

Anda kerap beli makanan melalui GrabFood? Kini Grab beri peluang kepada pengguna untuk lihat sendiri jumlah pesanan makanan yang sudah dilakukan melalui aplikasi Grab pada tahun 2021. Ciri ini dinamakan Year In Cravings.

Dari situ juga, anda boleh dapatkan maklumat lain, antaranya ialah jumlah restoran yang pernah anda beli darinya, tiga restoran teratas yang anda selalu pesan makanan dan menu makanan yang paling banyak anda pesan. Ia ibarat merumuskan pesanan anda di aplikasi itu.



Untuk mencubanya, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Pergi ke tab Home dan tekan imej Year in Cravings
  3. Anda kemudian boleh lihat paparan rumusan mengenai pesanan anda di GrabFood

Di bawah ini saya kongsikan rumusan pesanan saya di GrabFood. GrabFood bukanlah pilihan pertama saya untuk memesan makanan, tetapi saya masih gunakannya jika kos penghantaran lebih rendah berbanding platform yang sering saya gunakan, iaitu FoodPanda.



Grab tidak menyatakan sehingga bila ciri Year In Cravings boleh di akses. Oleh itu, jika anda tertanya-tanya perincian pesanan yang anda lakukan di GrabFood, lebih baik anda cubanya sekarang.

Selain Grab, ada banyak lagi aplikasi lain yang membolehkan anda mencuba ciri rumusan aktiviti seperti itu. Contohnya, di Facebook, ada ciri Year Together disediakan. Anda boleh lihat perasaan, tempat yang paling banyak anda daftar masuk dan orang yang anda sering hubungi di Facebook pada tahun 2021. Seterusnya, melalui Spotify Wrapped di Spotify, ia akan kongsikan rumusan kandungan yang anda dengari sepanjang tahun ini. Manakala di Instagram, anda boleh lihat rangkuman 10 Stories anda sepanjang tahun 2021 yang digabungkan secara rawak melalui ciri Playback.

Bacaan berkaitan

  • Ketahui rakan Facebook yang paling kerap dihubungi tahun ini melalui Year Together
  • Instagram Playback, lihat & kongsikan kenangan sepanjang 2021
  • Dah tengok Spotify Wrapped 2021 anda?
Tags: GrabGrabFood
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Lihat berapa banyak anda pesan makanan di GrabFood melalui Year In Cravings

Lihat berapa banyak anda pesan makanan di GrabFood melalui Year In Cravings

31 December 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN