• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Penonton di Tiktok meningkat mendadak ketika Ramadan, ini masanya peniaga jana pendapatan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:39 pm
  • 19/01/2022
  • Komen
Penonton di Tiktok meningkat mendadak ketika Ramadan, ini masanya peniaga jana pendapatan
Share on FacebookShare on Twitter

Tiktok telah kongsikan pandangan (insights) mereka tentang aktiviti pengguna ketika musim Ramadan dan cara perniaga boleh berhubung dengan orang ramai untuk Ramadan 2022.

Tontonan video di Tiktok meningkat ketika Ramadan

Melalui tinjauan yang dijalankan melibatkan 500 pengguna pada tahun 2021, TikTok dapati bahawa 54% rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di media sosial sepanjang bulan Ramadan. Penonton dan video yang dibuat sepanjang Ramadan juga meningkat dengan mendadak. Terdapat lebih daripada 32 bilion tontonan video sepanjang Ramadan 2021. Ini merupakan 28% peningkatan berbanding bulan biasa.



Imran Khan, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Asia Tenggara berkata, penglibatan pengguna dalam talian dijangka akan melonjak lebih jauh tahun ini kerana rakyat Malaysia sekarang menyesuaikan diri dengan perayaan hibrid. Mereka telah melihat rakyat Malaysia mengambil bahagian secara aktif berkongsi kegembiraan perayaan dengan menerbitkan lebih daripada 48 bilion video sepanjang bulan Ramadan pada 2021.

Peniaga berpeluang berhubung dengan ramai pengguna TikTok dalam tempoh ini

Dengan lonjakkan tersebut, ini merupakan peluang bagi perniaga untuk berhubung dan berkumpul dengan ramai pengguna TikTok dalam tempoh ini. Setiap jenama boleh kekal relevan dengan mengetahui keperluan pengguna, serta cipta kandungan yang berkaitan dengan mereka. Perniaga digalakkan untuk membawa kandungan Ramadan bagi merangsang penglibatan pengguna. Hal ini kerana, 58% pengguna TikTok melayari bahagian produk Ramadan, tidak kira sama ada di platform dalam talian atau luar talian.



9 dari 10 pengguna TikTok telah mengambil langkah seterusnya setelah melihat iklan di platform ini. Jadi, platform seperti TikTok memang memainkan peranan penting untuk membantu pengguna menemui jenama atau produk baru.

Dalam masa yang sama, lebih daripada separuh pengguna TikTok lakukan beli-belah ketika Ramadan secara dalam talian. Yang paling penting ialah, hampir separuh daripada pengguna iaitu 46% mula memikirkan tentang membeli-belah untuk perayaan, sebulan lebih awal sebelum menjelang Hari Raya.

Ini merupakan satu peluang yang perlu direbut oleh peniaga untuk jana pendapatan tambahan melalui Tiktok. Dalam masa yang sama, peniaga juga boleh dapatkan pelanggan baru dan perkenalkan jenama mereka di platform ini. Ketahui bagaimana anda boleh memanfaatkan TikTok untuk perniagaan pada bulan Ramadan ini di sini.

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Penonton di Tiktok meningkat mendadak ketika Ramadan, ini masanya peniaga jana pendapatan

Penonton di Tiktok meningkat mendadak ketika Ramadan, ini masanya peniaga jana pendapatan

19 January 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER