• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 cara pantas untuk pesan hidangan kegemaran anda di McDonald’s

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:19 pm
  • 26/01/2022
  • Komen
5 cara pantas untuk pesan hidangan kegemaran anda di McDonald’s
Share on FacebookShare on Twitter

McDonald’s Malaysia ada APP mereka yang tersendiri untuk anda pesan burger keju kegemaran anda. Tapi tahukah anda sekarang ada 5 cara boleh anda gunakan untuk pesan McD terus daripada APP?

APP McDonald’s di Android dan iOS



1. Dine-in

Anda tentu sudah biasa memesan makanan daripada kiosk layan diri di outlet McD. Ia sangat berguna untuk mengurangkan interaksi dengan orang lain terutamanya dalam membendung COVID-19. Tapi sekarang, telefon anda sendiri boleh jadi kiosk layan diri.

Kaedahnya sama saja dengan pesanan di kiosk iaitu anda kena masukkan nombor meja, bayar dan pesanan akan dihantar kepada anda.



2. Takeaway

Sama seperti dine-in, anda tak perlu masukkan nombor meja tapi anda perlu ambil pesanan anda di kaunter mengikut nombor pesanan yang terpapar di skrin khas. Kalau anda nak lakukan pesanan bawa pulang, anda boleh mula pesan ketika anda di dalam kereta menghampiri outlet McD yang dituju.

3. Drive-thru

Drive-thru, tentu adalah cara pesanan paling kerap anda gunakan untuk pesan makanan. Di APP McD juga membenarkan anda memesan secara drive-thru, sebelum anda tiba di lokasi. Setibanya anda lokasi, anda cuma perlu kongsikan nombor pesanan dan makanan anda akan disediakan.

Saya tak nampak apa beza dengan cara biasa iaitu kita memandu ke kaunter dan pesan di sana. Mungkin ia jimatkan masa pada sudut tempoh memesan sebab kita boleh lihat menu sebelum tiba di sana.

4. Drive-in

Drive-in konsepnya sama seperti takeaway. Beza antara kedua-dua cara pesanan itu adalah untuk drive-in, makanan akan dihantar ke kereta anda berdasarkan nombor petak kereta yang anda masukkan sewaktu memesan.

5. McDelivery

McDelivery nampak seperti entity yang berlainan kerana di APP McD, ia dimasukkan secara iFrame dan akaun APP McD dan McDelivery adalah lain. Anda perlu ada dua akaun berbeza. Keunikan McDelivery dengan 4 cara yang saya sebutkan di atas adalah makanan tiba ke lokasi anda berbanding anda perlu berada di outlet McD.

Tags: mcdmcdeliverymcdonalds
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 cara pantas untuk pesan hidangan kegemaran anda di McDonald’s

5 cara pantas untuk pesan hidangan kegemaran anda di McDonald’s

26 January 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN