• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Onyx ubah layar perak GSC kepada skrin UHD 4K HDR

  • OLEH Najib
  • 4:25 pm
  • 08/06/2018
  • Komen
Samsung Onyx ubah layar perak GSC kepada skrin UHD 4K HDR
Share on FacebookShare on Twitter

Skrin LED dengan resolusi Ultra HD 4K memang telah dinikmati pengguna di rumah, tapi dengan harga yang agak keras. Kini orang ramai boleh menikmatinya apabila Golden Screen Cinemas (GSC) membawakan skrin pawagam LED pertama di Malaysia, Samsung Onyx.

Skrin Samsung Onyx telah dipasang dan boleh ditonton di Hall 11, GSC Mid Valley Megamall. Ia merupakan skrin LED berukuran 455-inci atau lebar 10.3 meter dan tinggi 5.4 meter, dengan resolusi tajam Ultra HD 4K bersama banyak teknologi paparan terkini.



Pertama seumpamanya di Malaysia, Samsung Onyx menyokong teknologi HDR dan memiliki tahap kecerahan yang tinggi. Ini membolehkannya mengekalkan kualiti paparan walaupun di dalam bilik yang cerah. Walaupun begitu, skrin ini dapat menghasilkan warna hitam yang lebih asli serta tona cerah dan gelap yang sekata di seluruh paparan.

Kehebatan Samsung Onyx tidak hanya terhad pada paparannya. Teknologi audionya dihasilkan dari kerjasama Samsung Audio Lab dan JBL by HARMAN Professional Solution. Menggunakan speaker yang dipasang di setiap sudut dewan, ia dapat menghasilkan bunyi terbaik dengan lebih meluas, tidak terhad kepada posisi di tengah dewan sahaja.



GSC tidak hanya memastikan paparan dan audio yang berkualiti di dalam dewan ini, sebaliknya mereka menambah kerusi baru yang diselaputi dengan eco-leather untuk memberi lebih keselesaan kepada penonton. Lebih menarik, semua teknologi dan kerusi serba baru ini boleh dinikmati dengan tambahan RM1.50 sahaja dari tiket biasa.

GSC kini menayangkan filem Jurassic World: Fallen Kingdom untuk tayangan di skrin pawagam LED Samsung Onyx. Untuk maklumat lanjut tentang GSC, layari laman web www.gsc.com.my atau Facebook GSC Cinemas. Lebih banyak info tentang skrin ini pula boleh di laman produk Samsung Onyx.

Tags: GSCSamsung Onyx
Najib

Najib

POPULAR

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Samsung Onyx ubah layar perak GSC kepada skrin UHD 4K HDR

Samsung Onyx ubah layar perak GSC kepada skrin UHD 4K HDR

8 June 2018
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER