• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

JPJ bakal tutup sekolah memandu yang hasilkan samseng jalan raya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:50 pm
  • 31/01/2022
  • Komen
JPJ bakal tutup sekolah memandu yang hasilkan samseng jalan raya
Share on FacebookShare on Twitter

JPJ sedang meneliti cadangan untuk menamatkan permit sekolah memandu yang didapati bekas pelajarnya banyak melakukan kesalahan jalan raya. Satu kod khas mewakili setiap sekolah memandu akan dicetak di atas lesen memandu kelak.

Menurut ketua pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, 80% daripada kemalangan jalan raya didapati berpunca daripada kecuaian manusia. Apabila diluluskan, penguatkuasaannya dijangka akan berlaku bersama-sama eTesting JPJ yang katanya bermula April 2022.



Walau bagaimanapun, dalam keghairahan JPJ menutup sekolah memandu yang bekas pelajarnya ramai melakukan kesalahan jalan raya, perlu diingatkan yang meluluskan pelajar itu adalah pegawai penilai JPJ sendiri.  Sepatutnya, pegawai yang paling banyak meluluskan pesalah jalan raya perlu diberi perhatian juga.

Setakat ini, terdapat seramai 10,569 cikgu memandu yang ditauliahkan dibawah Peraturan 11(4), Peraturan Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992.



Berbalik kepada eTesting, sistem ini akan bermula dalam bulan April 2022. Di bawah sistem tersebut, calon akan berada di dalam kereta ujian berseorangan sambil dipantau oleh pegawai JPJ dari satu bilik khas. Kereta ujian itu dilengkapi sensor dan kamera bagi memudahkan penilaian dilakukan.

Tags: eTestingJPJ
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
JPJ bakal tutup sekolah memandu yang hasilkan samseng jalan raya

JPJ bakal tutup sekolah memandu yang hasilkan samseng jalan raya

31 January 2022
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN