• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 31/01/2022
  • Komen
Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan teka kata Wordle, telah menjadi tular baru-baru ini dan digemari ramai pengguna internet. Cara bermainnya sangat mudah, teka perkataan bahasa Inggeris yang disediakan setiap hari menerusi beberapa petunjuk yang diberikan.

Jika anda berminat untuk teka perkataan dalam bahasa Melayu, anda boleh cuba Katapat. Ia dibangunkan oleh Eugene Low (@darkfoxdx), menggunakan antaramuka dan peraturan yang serupa dengan Wordle.



Wanna try Wordle, Malay-version?https://t.co/sSmR2g4FQ9

Katapat as in portmanteau of kata and tepat, (and it looks a ketupat if you get it in four tries haha).

Built by @darkfoxdx for fun with friends. Still beta.

— Allen 🐕 (@elanorng) January 24, 2022

Perkataan Katapat dikatakan adalah gabungan “kata” dan “tepat”. Lebih menarik lagi, anda akan menerima gambar seperti ketupat, jika berjaya menyelesaikannya dalam 4 kali percubaan. Sumber perkataan pula diambil daripada Kamus Online DBP.

Jika anda tidak pernah bermain Wordle, peraturan untuk bermain Katapat adalah begini. Anda perlu meneka perkataan bahasa Melayu dalam 5 huruf. Ada 6 peluang untuk meneka. Taip menggunakan papan kekunci yang disediakan, dan tekan “Enter” jika yakin menghantar jawapan.



Petunjuk akan diberikan menerusi warna hijau, kuning dan kelabu. Hijau bermakna huruf adalah betul dan kedudukannya tepat. Kuning pula bermakna huruf itu betul tapi salah kedudukan. Kelabu pula bermaksud, huruf itu tiada dalam perkataan. Senang bukan?

Teka perkataan Katapat akan diubah setiap hari, pukul 12 tengah malam. Selepas berjaya, anda akan menerima grafik yang menunjukkan susunan perkataan yang anda teka dan berapa kali mencuba. Dari situ, boleh kongsi ke media sosial untuk dibandingkan dengan rakan yang lain.

Seronok juga main teka perkataan ni. Teringat dahulu bermain Sahibba, edisi bahasa Melayu untuk Scrabble. Dengan Katapat, boleh main di telefon setiap hari.

[Sumber: @elanorng]

Tags: KatapatWordle
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle

Cuba Katapat, versi bahasa Melayu permainan teka kata Wordle

31 January 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER