• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

5 sebab Pen Stylus bantu kerja jadi lebih cekap & mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:30 am
  • 27/02/2022
  • Komen
Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos
Share on FacebookShare on Twitter

Pen Stylus berfungsi sebagai pengganti jari anda untuk swipe, lukis, tulis atau sentuh skrin pada peranti. Skrin moden pada peranti seperti iPad atau tablet direka untuk menjadi sensitif pada tekanan dan sentuhan. Apabila anda sentuh stylus pada skrin, ia akan mengesan pen itu dan beri bertindak balas.

Sebab perlukan Pen Stylus

Oleh itu, jika skrin telefon boleh di navigasi dengan jari, mengapa perlukan stylus? Sebenarnya, pen ini boleh bantu anda lakukan kerja dengan lebih cekap dan mudah. Berikut merupakan 5 situasi yang membuatkan individu perlu dapatkan pen stylus:



1. Hasilkan lukisan lebih baik

Jika anda suka melukis melalui peranti, anda perlu tahu bahawa seni lukisan anda akan lebih menarik apabila ia dihasilkan menggunakan pen stylus. Dengan sedikit latihan sahaja, anda pasti boleh hasilkan pelbagai karya menggunakannya.

2. Menulis dengan tepat & cepat.

Sekiranya anda sering kecewa semasa menulis dengan menggunakan papan kekunci pada skrin telefon kerana ada banyak typo, maka stylus boleh meningkatkan ketepatan menulis anda dengan banyak. Ia boleh diperbaiki lebih- lebih lagi apabila anda menggunakan papan kekunci jenis swipe. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menulis dengan cepat.



3. Skrin bebas dari kotoran berminyak yang datang dari jari

Adakalanya, kita juga tidak pasti jika skrin telefon cukup bersih untuk di sentuh. Oleh itu, gunakan stylus untuk akses telefon anda. Perkara ini mungkin perlukan sedikit masa untuk anda membiasakan diri dengannya, tetapi apabila anda pelajari cara gunakan pen stylus, anda mungkin dapat selamatkan jari dari pelbagai jenis bakteria pada skrin. Dalam masa yang sama, skrin anda juga akan lebih bersih dan bebas daripada kotoran berminyak yang datang dari jari. Selain itu, pastikan juga stylus pen anda sentiasa di sanitasi.

4. Ada ketepatan yang tinggi

Bayangkan jika anda perlu akses skrin telefon ketika berada di dalam hujan? Kerana basah, adakalanya skrin susah untuk mengesan jari. Ia juga membuatkan anda sentuh pada bahagian yang salah. Maka di sini anda perlukan bantuan pen stylus. Stylus bukan sahaja memberikan ketepatan yang lebih tinggi, tetapi ia juga mudah dipegang dan disimpan. Jadi dengannya, tiada masalah untuk anda askes telefon atau menulis di skrin sewaktu berada di dalam hujan.

5. Bantu ketika tangan tidak boleh navigasi skrin

Sekiranya anda lakukan kerja sepanjang hari sambil memakai sarung tangan, contohnya anda membungkus makanan, menghias tanaman atau bekerja di hospital, sudah tentu akan ada kesukaran untuk menavigasi telefon. Maka, pen stylus ini akan membantu anda. Dalam masa yang sama, ia juga dapat elakkan skrin telefon anda dari terkena kotoran.

Ada banyak kegunaan pen stylus, jadi anda boleh milikinya jika peranti anda menyokong pen tersebut.

[Sumber: Saharacase]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 5 cara caj bateri telefon dengan cepat
  • 6 tanda anda perlu dapatkan telefon baru
  • TIPS: Punca & cara tangani telefon Android lag
  • Pastikan anda elak 4 bahan ini ketika bersihkan skrin telefon
Tags: stylus pen
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy S21 Ultra: Harapan Samsung untuk leburkan badi lagxynos

5 sebab Pen Stylus bantu kerja jadi lebih cekap & mudah

27 February 2022
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN