• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aktifkan Facebook Protect sekarang, elak di log keluar dari akaun masing-masing

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:22 pm
  • 22/03/2022
  • Komen
Aktifkan Facebook Protect sekarang, elak di log keluar dari akaun masing-masing
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Mac, ada pengguna Facebook yang terima e-mel seperti spam bertajuk “Your account requires advanced security from Facebook Protect” yang bermaksud akaun pengguna itu memerlukan lebih keselamatan dari Facebook Protect. Ia kelihatan seperti e-mel scam kerana penerima dikehendaki hidupkan ciri itu dengan tekan pada pautan yang disertakan dalam e-mel. Penerima juga perlu lakukan perkara tersebut pada tarikh tertentu, jika tidak, mereka akan di log keluar daripada akaun masing-masing.

Tapi, e-mel yang dihantar menggunakan alamat [email protected] itu bukanlah scam tapi sebenarnya memang dari Facebook. Kerana ragu-ragu, kemungkinan ramai yang mengabaikannya. Menurut Facebook, ini merupakan program keselamatan untuk kumpulan yang lebih cenderung menjadi sasaran penggodam. Maka, Facebook akan pastikan akaun tersebut dipantau dari ancaman penggodaman serta dilindungi dengan pengesahan dua faktor (2FA).



Penerima e-mel tak boleh log masuk akaun Facebook

Bagi penerima e-mel tersebut, tarikh akhir untuk aktifkan Facebook Protect adalah pada 17 Mac. Bagi yang tidak aktifkannya, mereka kini dikeluarkan daripada akaun Facebook sendiri dan menghadapi masalah untuk log masuk semula.

Mereka juga menerima mesej yang menerangkan sebab perkara itu berlaku. Untuk log masuk semula, Facebook ada tawarkan 3 pilihan untuk bantu mereka akses ke akaun masing-masing, iaitu melalui Authentication App, SMS dan kunci keselamatan.



Namun, ada banyak aduan mengenai hal ini di media sosial. Ada yang kongsikan bahawa 2 dari 3 pilihan ini tidak berfungsi untuk log masuk semula ke Facebook. Tapi, tidak pasti sama ada kegagalan tersebut merupakan silap pengguna yang tidak mengemaskini nombor telefon atau ada masalah dari pihak Facebook.

I got locked out from Facebook indefinitely today because I didn’t respond to emails from FB (that looked like a scam) about its new Facebook Protect system, which I was required to enable by today. So far, the text and security key options don’t work, many report. pic.twitter.com/0aXbiqzLv7

— Liv. (@Olivia_Thiessen) March 18, 2022

Sementara itu, Ketua dasar keselamatan Meta, Nathaniel Gleicher melalui Twitter menyatakan bahawa mereka akan terus menambah baik proses pemberitahuan untuk mengelakkan kekeliruan berulang. Dalam masa yang sama, mereka juga terus kembangkan ciri ini kepada lebih ramai pengguna. Kini ciri keselamatan tersebut sudah tersedia kepada lebih 50 buah Negara.

1/ We continue to roll out Facebook Protect (now in 50+ countries), our security program that includes mandatory 2FA for people who are most likely to be targeted by malicious hackers: activists, journalists, political campaigns, etc.🧵

— Nathaniel Gleicher (@ngleicher) March 19, 2022

Mungkin pengguna di Malaysia akan terima e-mel daripada Facebook Protect pada masa akan datang. Oleh itu bagi mengelakkan anda tidak boleh log masuk akaun anda, pastikan Facebook Protect dihidupkan. Ini merupakan cara untuk aktifkan Facebook Protect melalui web:

  1. Log masuk Facebook
  2. Buka Settings
  3. Pilih Security and Login
  4. Kemudian anda akan jumpa Facebook Protect di atas sekali, hidupkannya.

Ini pula cara untuk aktifkan Facebook Protect melalui aplikasi:

  1. Buka tetapan (simbol gear atas kanan)
  2. Tekan Password and Security di bawah bahagian Account
  3. Kemudian hidupkan Facebook Protect di atas sekali.

[Sumber: TheVerge, Facebook]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Aktifkan Facebook Protect sekarang, elak di log keluar dari akaun masing-masing

Aktifkan Facebook Protect sekarang, elak di log keluar dari akaun masing-masing

22 March 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER