• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Studio Monitor dikesan mengandungi storan 64GB, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:47 am
  • 22/03/2022
  • Komen
Apple Studio Monitor dikesan mengandungi storan 64GB, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Studio Display adalah monitor terbaharu yang dilancarkan untuk dipadankan dengan Apple Mac Studio, Mac paling berkuasa setakat ini. Apple Studio Display boleh didapatkan pada harga bermula RM6,999.

Namun, apa yang menarik tentang produk baharu ini bukanlah harganya yang tinggi, sebaliknya apa yang terkandung di dalam badan monitor ini. Ada seorang pembangun perisian mendapati yang Apple Studio Display didatangkan dengan storan 64GB.



lol Studio Display has 64GB onboard storage?! pic.twitter.com/XfHGCYUYMG

— Khaos Tian (@KhaosT) March 21, 2022

Ia bukanlah maklumat yang diumumkan sewaktu majlis pengenalan produk ini tapi tidaklah mengejutkan. Hal ini kerana, walaupun ia sebuah monitor, Apple memperlengkap monitor ini dengan cip A13 Bionic, cip yang sama memperkasakan iPhone 11 dan monitor ini menjalankan iOS15.4.

Sistem operasi ini mengawal selia fungsi seperti kamera CenterStage, Spatial Audio, dan beberapa fungsi lain.



Tak mustahil dalam masa akan datang, Apple akan membenarkan pengguna Studio Display untuk memasang APP seperti Apple TV untuk tujuan menonton kandungan multimedia kerana produk ini asasnya adalah sebuah monitor pintar macam siri Samsung Smart Monitor.

Sekiranya keadaan ini berlaku, anda seperti beroleh monitor dan Apple TV 4K dalam satu produk. Sebagai rujukan, Apple TV 4K boleh didapati dalam pasaran Malaysia pada harga serendah RM849.

Sumber: Apple Insider

Bacaan berkaitan

Muat turun iOS 15.4 sekarang, boleh imbas Face ID tanpa buka pelitup muka – SoyaCincau.com

Apple jimat lebih RM27 billion selepas keluarkan aksesori dari kotak, tapi harga telefon tak diturunkan – SoyaCincau.com

Apple dilapor akan pecah tradisi, ada iPhone 14 yang akan guna semula cip iPhone 13 – SoyaCincau.com

Tags: appleapple studio displaystudio display
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple Studio Monitor dikesan mengandungi storan 64GB, ini sebabnya

Apple Studio Monitor dikesan mengandungi storan 64GB, ini sebabnya

22 March 2022
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN