• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:27 pm
  • 09/04/2022
  • Komen
Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go (TNG) telah dikesan memuat naik beberapa video berkaitan produk baharu yang bakal mereka perkenalkan kepada khalayak ramai. Walaupun ia sudahpun disembunyikan untuk tontonan umum, kami sempat menontonnya.

Ia adalah produk yang dipanggil Enhanced Touch ‘n Go Card ataupun kad TNG generasi baharu. Kad baharu ini ada fungsi yang ditagih sebahagian besar pengguna kad TNG sejak sekian lama, termasuklah saya.



Anda Takkan Percaya Betapa “Mudah”nya Nak Topup Touch n Go Guna Telefon – SoyaCincau.com

Kad TNG generasi baharu membolehkan anda menambah nilai baki kad terus daripada telefon tanpa perlu pergi ke kiosk khas seperti yang kami rungutkan dalam percubaan kali pertama TNG suatu ketika dahulu.



Namun, bukan semua telefon menyokong fungsi tambah nilai terus melalui telefon. Daripada video tersebut, hanya yang dilengkapi NFC sahaja boleh melakukannya. Hal ini bermakna, ada sebilangan model Android tidak akan menyokongnya tapi untuk iPhone, mereka memang sedia ada fungsi NFC sejak beberapa generasi dulu.

Video itu juga mengandungi maklumat tentang bagaimana anda boleh dapatkan kad ini. Ia boleh didapatkan terus melalui APP TNG eWallet pada harga RM10. Ia masih berfungsi sama seperti kad TNG sedia ada, contohnya anda perlu menambatnya pada akaun TNG eWallet dan ia ada bakinya yang tersendiri dan tidak berkongsi dengan baki dompet digital anda.

Kad TNG edisi baharu ini sebenarnya sudah lama berada dalam perancangan pengendalinya. Kami ada laporkannya penghujung Januari 2022 lalu tentang ia akan tiba beberapa minggu lagi. Cumanya awal Mac 2022 dulu, CEO TNG Digital, Ignatius Ong telah meinggalkan syarikat itu dan berkemungkinan besar telah melewatkan pengenalan kad tersebut.

Bacaan berkaitan

Anda Takkan Percaya Betapa “Mudah”nya Nak Topup Touch n Go Guna Telefon – SoyaCincau.com

Cara pindah baki TnG eWallet ke akaun bank – SoyaCincau.com

SmartTAG dan kad Touch ‘n Go di plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat – SoyaCincau.com

Tags: enhanced tngtngTNG Digitaltng ewallettng nfcTouch n Go NFC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya

Kad TNG baharu ini boleh ditambah nilai dengan telefon, ini caranya

9 April 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN