Pengguna peranti Android perlu mengambil perhatian serius tentang perkara ini. Penganalisa keselamatan AppCencus, telah menemui beberapa aplikasi yang mencurigakan dan didapati cuba mengumpul terlampau banyak maklumat pengguna tanpa keizinan.
AppCencus menyenaraikan 11 aplikasi yang mereka temui mengandungi perisian hasad, tetapi kelihatan berfungsi seperti aplikasi biasa. Malah, aplikasi ini telah dimuat turun sekurang-kurangnya oleh 60 juta pengguna di seluruh dunia. Aplikasi yang merbahaya ini adalah:
- Speed Camera Radar
- Al-Moazin Lite (Prayer Times)
- Wi-Fi Mouse (remote control PC)
- QR & Barcode Scanner (developed by AppSource Hub)
- Qibla Compass – Ramadan 2022
- Simple weather & clock widget (developed by Difer)
- Handcent Next SMS-Text with MMS
- Smart Kit 360
- Al Quran MP3 – 50 Reciters & Translation Audio
- Full Quran MP3 – 50+ Languages & Translation Audio
- Audiosdroid Audio Studio DAW
Dapat dilihat, beberapa aplikasi ini adalah berkaitan umat islam seperti waktu solat dan Al-Quran. AppCencus telah melaporkan tentang bahaya aplikasi ini kepada Google tahun lepas, tetapi baru dibuang dari Google Playstore pada 25 Mac 2022.
Masalahnya, ada aplikasi yang telah dibuang kerana merbahaya kepada pengguna ini telah kembali disenaraikan di Google Playstore! Walaupun Google telah menjamin bahawa ianya selamat dan tidak lagi membawa bahaya, adalah lebih baik pegguna mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak kembali memasangnya di peranti.
Kajian AppCencus mendapati aplikasi ini menghantar terlalu banyak data pengguna walaupun tanpa keizinan, ke komputer pelayan Measurement Systems di alamat https://measurementsys.com/. Syarikat ini ditemui turut mendaftarkan beberapa laman web lain, salah satunya adalah Packet Forensics yang dilihat menyediakan perkhidmatan mengutip data.
[Sumber: PhoneArena, AppCencus]