• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:26 pm
  • 12/04/2022
  • Komen
Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpool ialah perkhidmatan tempahan bas e-hailing untuk kegunaan masyarakat. Ia pada asalnya tersedia di Johor Bahru, kemudian diluaskan ke Subang dan kini masyarakat di sekitar Petaling Jaya pula boleh menggunakannya. Terdapat lebih daripada 120 perhentian Kumpool tersedia di situ, ia meliputi pusat membeli-belah, universiti, pejabat, kawasan kediaman, dan stesen pengangkutan awam.

Menariknya, berdasarkan perkongsian Facebook Kumpool, mereka menyediakan perkhidmatan ini percuma untuk 10 ribu perjalanan pertama yang ditempah di Petaling Jaya.



Pada bahagian FAQ, ada dinyatakan bahawa harga untuk setiap perjalanan dikira berdasarkan jarak dan bilangan penumpang dalam satu tempahan. Tapi, anda boleh nikmati pengurangan harga yang banyak apabila anda menempah perjalanan dalam satu kumpulan. Bayaran pula boleh dilakukan sama ada secara tunai atau menggunakan e-wallet.

Selain itu, waktu operasi perkhidmatan ini bagi kawasan Lembah Klang ialah dari 8 pagi sehingga 8 malam. Untuk lakukan tempahan, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka aplikasi Kumpool
  2. Tekan Book Now
  3. Tetapkan lokasi Pick-Up dan Drop-Off
  4. Tekan Next
  5. Tekan Book Now pada halaman Confirm Booking. Anda boleh lihat harga yang dikenakan pada halaman ini.
  6. Seterusnya, tunggu kenderaan tiba di lokasi.

Perkhidmatan ini lebih kurang sama dengan Grab, penumpang perlu tempah kenderaan menggunakan aplikasi untuk ke sesuatu tempat. Tapi Kumpool menyediakan harga yang lebih murah sebab ia gunakan bas dan pemandu akan ambil ramai penumpang sekaligus dalam satu perjalanan.

Jika kediaman anda tersenarai dalam lokasi perkhidmatan Kumpool, anda bolehlah gunakan perkhidmatan e-hailing ini. Bukan sahaja murah, anda juga tak perlu lagi runsing memikirkan tentang parkir buat kenderaan anda. Untuk mencubanya, anda boleh muat turun aplikasi Kumpool di PlayStore atau AppStore sekarang.

[Sumber: Awani]

Tags: E-HailingKumpool
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma

Bas e-hailing Kumpool kini tersedia di Petaling Jaya, naik sekarang untuk dapatkan perkhidmatan percuma

12 April 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER