• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dato’ Siti Nurhaliza satu-satunya artis Malaysia tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:46 pm
  • 13/04/2022
  • Komen
Dato’ Siti Nurhaliza satu-satunya artis Malaysia tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang tak kenal Dato’ Seri Siti Nurhaliza? Sebut sahaja namanya, pasti ada lirik lagu nyanyian wanita itu bermain di fikiran. Dato’ Siti nampaknya sekali lagi melakar sejarah apabila namanya tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, sebaris dengan selebriti antarabangsa terkemuka! Perkara ini dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter, The Artist Museum.

Berada pada tangga ke 27, dapat dilihat bahawa satu-satunya penyanyi Malaysia yang tersenarai ini pernah memenangi sebanyak 329 anugerah. Apa yang menariknya ialah, pencapaian Dato’ Siti telah mengatasi ramai selebriti terkenal seperti Justin Timberlake, Nicki Minaj, Katy Perry dan Bruno Mars.



Dato’ Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah, rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan dirinya kekal pemegang rekod sehingga kini. Meninjau kepada bahagian Reply tweet The Artist Museum, rata-rata pengguna Twitter dilihat teruja dan berbangga dengan pencapaian Dato’ Siti, apatah lagi apabila melihat nama beliau sebaris dengan ramai pemuzik antarabangsa.

Selain itu, menerusi senarai yang sama, dapat dilihat penyanyi lagenda iaitu mendiang Michael Jackson menjadi pemuzik paling banyak menerima anugerah, iaitu sebanyak 1003. Ada juga artis Korea yang tersenarai, antaranya BTS, EXO dan Super Junior.



[Sumber: The Artist Museum]

Tags: Top 100 Most Awarded Musician of All-Time
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Dato’ Siti Nurhaliza satu-satunya artis Malaysia tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time

Dato’ Siti Nurhaliza satu-satunya artis Malaysia tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time

13 April 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN