2017 adalah tahun rekarnasi AMD kerana Ryzen kembali membawa sinar langit tujuh pada mereka. Terbaru, AMD mengorak langkah untuk membendung monopoli Intel dalam pasaran cip pemprosesan laptop melalui cip:
- Ryzen 5 2500U
- Ryzen 7 2700U
Apa yang menarik dengan cip ini? AMD ingin membolehkan anda bermain Dota 2 pada kualiti yang optimum menggunakan laptop ultranipis anda yang tiada GPU khas kerana pada CPU itu sendiri sudah ada Radeon Vega yang hebat.
![](https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2017/10/171027-ryzen-mobile-spesifikasi.png)
Rujuk video dibawah untuk lihat AMD hancurkan cip Intel dalam ujian penanda aras.
https://www.youtube.com/watch?v=WwWRWC-34xQ
Dicanang oleh AMD sebagai pemproses laptop paling berkuasa di dunia, Ryzen 7 2700U mampu memberikan sehingga 300% prestasi CPU, 230% prestasi GPU, dan 58% lebih cekap tenaga berbanding cip sebelumnya.
Beberapa pengeluar sudahpun menyertai pergerakkan ini antaranya adalah Acer, HP, dan Lenovo.
Adakah AMD akan berjaya mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap cip pemproses laptop mereka?