2017 adalah tahun rekarnasi AMD kerana Ryzen kembali membawa sinar langit tujuh pada mereka. Terbaru, AMD mengorak langkah untuk membendung monopoli Intel dalam pasaran cip pemprosesan laptop melalui cip: Apa yang menarik dengan cip ini? AMD ingin membolehkan anda bermain Dota 2 pada kualiti yang optimum menggunakan laptop ultranipis anda yang tiada GPU khas kerana pada CPU itu sendiri sudah ada Radeon Vega yang hebat. Rujuk video dibawah untuk lihat AMD hancurkan cip Intel dalam ujian penanda aras. https://www.youtube.com/watch?v=WwWRWC-34xQ Dicanang oleh AMD sebagai pemproses laptop paling berkuasa di dunia, Ryzen 7 2700U mampu memberikan sehingga 300% prestasi CPU, 230% prestasi GPU, dan 58% lebih cekap tenaga berbanding cip sebelumnya. Beberapa pengeluar sudahpun menyertai pergerakkan ini antaranya adalah Acer, HP, dan Lenovo. Adakah AMD akan berjaya mengembalikan kepercayaan pengguna terhadap cip pemproses laptop mereka?