Tebus pelbagai hadiah menarik di Hari Kelab OPPO

Khas buat pemiliki telefon pintar OPPO di Malaysia. Sambutan Hari Kelab OPPO akan diadakan pada 18 Mac depan, di mana ia menyediakan tawaran menarik khusus buat ahli kelab OPPO. Ahli Kelab OPPO ataupun dikenali sebagai O-fans, boleh menebus pelbagai hadiah seperti baucar KFC, baucar Shopee, tiket wayang, cenderahati Ollie dan banyak lagi, menggunakan mata ganjaran keahlian kelab OPPO. Hadiah ini…

Snapdragon 855 Fusion Platfrom Bakal Menggantikan Snapdragon 845 Dengan Modem Mahapantas

Pemproses untuk telefon pintar memang dijangka untuk diperbaharui setiap tahun. Jika tahun lepas Snapdragon 845 diumumkan untuk memperkasa flagship 2018, untuk tahun 2019 pula Snapdragon 855 akan memainkan peranan yang sama. Maklumat berkaitan pemproses yang akan datang itu muncul dalam satu fail pembentangan prestasi kewangan Softbank. Setelah membeli ARM Holdings pada nilai USD 32 billion, Softbank sedikit sebanyak boleh mengetahui…

TM Rungkai Misteri Promosi #KreditTakMati Dan #BayarBilaBila

Semalam, kami ada melaporkan terdapat pengguna yang merungut tentang servis Unifi Mobile. Mereka terkejut menerima SMS yang menyuruh mereka membuat tambah nilai ataupun pembelian add-on untuk memastikan talian mereka tidak diluputkan. Ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan menifesto yang digembar gemburkan Unifi Mobile semasa melancarkan produk itu. Bersandarkan cogan #KreditTakMati dan #BayarBilaBila, sepatutnya Unifi berbangga kerana menjadi…

Diskaun RM1,000 untuk iPhone 8 dan iPhone X?

Diskaun RM1,000 untuk iPhone X? Kenapa tidak. Mesti ramai yang sanggup beratur seperti apa yang berlaku di jualan gudang Switch minggu lepas. Cuma kali ini tidak perlu bersusah payah beratur dari tengah malam untuk mendapatkannya, dan tawaran ini khas untuk ahli Machines+ sahaja. Machines, salah satu pengedar rasmi Apple di Malaysia, menawarkan diskaun RM1,000 untuk pembelian iPhone 8…

Ini Hasil Pertarungan Kamera Galaxy S9 Dengan Tiga Laksamana

Galaxy S9 dilancarkan pada penghujung Februari yang lalu dan tempahan untuk pasaran Malaysia sudahpun dimulakan pada 7 Mac. Tapi sebelum anda membelinya, sudah tentu anda ingin melihat pada prestasi terutama pada kameranya bukan? Dalam artikel ini kami lakukan 5 ujian pelbagai keadaan untuk melihat sejauh mana hebatnya kamera telefon ini. Lima ujian…

Topup RM100 di TuneTalk boleh dapat telefon percuma

Apa yang boleh anda dapat bila tambah nilai kredit prabayar sebanyak RM100? Selalunya dapat kredit RM100 sahaja kan? Kadang-kadang dapat data percuma, atau kredit tambahan. TuneTalk kini menawarkan sebuah telefon 2G percuma kepada pengguna, jika membuat tambah nilai sebanyak RM100. Telefon yang ditawarkan adalah Ninetology Vox Plus, yang boleh bersambung ke internet melalui rangkaian 2G. (function(d, s, id) { ...

11street beri hadiah bernilai RM487 untuk beli Galaxy S9

Masa tempahan awal Galaxy S9 telah ditutup pada 4 Mac lepas, dan kini tiba pula masa untuk jualan biasa. 16 Mac adalah tarikh jualan Galaxy S9 di Malaysia, tetapi mungkin ada tawaran tempahan awal lagi menuju tarikh jualan ini. 11street, salah satu platform e-dagang terkenal di Malaysia mengumumkan tawaran tempahan awal untuk Galaxy S9 di platformnya. Bermula dari 9 hingga…

Walaupun Susunan Macam iPhone X, Kamera Huawei P20 Ada Lebih Dari Itu

2018¬†adalah tahun ketiga Huawei bekerjasama dengan Leica untuk membangunkan lensa yang digunakan pada siri P dan pastinya peminat ternanti-nanti apakah pembaharuan yang akan dibawakan menerusi kerjasama antara mereka pada Huawei P untuk tahun ini. Kebocoran imej beresolusi tinggi daripada @evleaks bukan sahaja memberikan kita maklumat tentang rupa paras…

Kekeliruan tentang tarikh kematian #KreditTakMati unifi mobile

Siapa di sini yang tidak mengenali unifi mobile dari TM, yang membawakan konsep #KreditTakMati dan #BayarBilaBila. Bermakna, pengguna tidak lagi perlu risau akan data atau panggilan yang tidak digunakan terbuang begitu saja, kerana tiada tempoh sah kredit prabayar. Ditambah lagi dengan promosi 20GB data LTE percuma, memang ramai yang berkejar mendapatkannya. Tetapi orang ramai masih ragu-ragu dengan konsep yang dibawakan…

Potret Tiga Sekeluarga Huawei P20 Terbocor

Huawei dijadualkan untuk memperkenalkan sejumlah telefon siri P pada penghujung Mac ini di Perancis dan seperti biasa, menjelang tarikh tersebut, kebocoran maklumat adalah sesuatu yang dijangkakan. Terbaru adalah imej rekaan yang dikongsikan oleh pengguna di Internet. Ia didakwat sebagai Huawei P20, P20 Lite, dan P20 Pro. Huawei…