Jualan murah gila kata Lenovo dan Moto sempena 11.11

Kemeriahan jualan hari 11.11 semakin hangat, kini disertai pula oleh Motorola dan Lenovo. Khas selama satu hari di stor rasmi Motorola dan Lenovo di Lazada Malaysia, pelbagai tawaran hebat bagi telefon pintar keluaran mereka boleh didapati di sana. Sebelum membuka laman e-dagang Lazada Malaysia, cuba semak dulu tips-tips penjimatan yang kami senaraikan

Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro

Semalam, Apple telah mengumumkan yang mereka akan mula menjual iPhone X pada 24 November ini. Mungkin merujuk pada tukang Tajul Muluk yang sama, Huawei turut akan mula menjual Huawei Mate 10 Pro pada hari yang sama. Huawei Mate 10 Pro dijual pada harga RM3,099. Sebagai perbandingan Samsung Galaxy S8+ dijual pada harga RM3,699, OnePlus 5 pada RM2,599,…

Inilah Dia iPhone X yang Dinantikan Selama Ini

Selepas 17 kali lelaran, barulah kita tiba ke iPhone X. Ia adalah revolusi paling nyata terhadap iPhone sejak ia dilancarkan pada 2007. Bukan saja ia membuang lansung butang ikonik Home yang ada sejak iPhone pertama, iPhone X juga memiliki nisbah paparan 19.5:9 untuk menjadi telefon dengan paparan paling panjang setakat ini. iPhone…

Jaga-jaga ada PENIPU guna nama LHDN nak pulangkan duit anda

Anda pembayar cukai pendapatan yang patuh pada masanya? Biasanya ada lebihan bayaran setiap tahun kan? Pernah tak anda terima emel menyatakan anda mempunyai lebihan bayaran cukai yang ingin dipulangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)? IANYA ADALAH SATU PENIPUAN DAN PALSU. LHDN mendedahkan terdapat sindiket menggunakan nama dan logo agensi berkenaan untuk menipu orang ramai khususnya pembayar cukai. Dalam…

Lazada Online Revolution 2017 kembali dengan tawaran melampau hebat

Kaki internet pasti sangat mengenali Lazada, portal e-dagang no 1 di Malaysia. Hari ini, Lazada Malaysia melancarkan kempen tahunan terbesarnya, Online Revolution 2017. Kempen yang memasuki tahun ke-6 ini, akan bermula dari tarikh istimewa 11.11, dan berjalan selama sebulan sehingga 12.12.2017. Jadi, apa yang bagusnya kempen Lazada Online Revolution 2017 ni? Sepanjang pengalaman penulis, ia memberikan nilai harga terbaik, sama ada melalui…

iPhone X Skor C Dalam Ujian Peleraian iFixit

iPhone X adalah sensasi terbaru dalam dunia telefon. Bukan saja menjadi iPhone yang paling mahal pernah dihasilkan, ia juga adalah yang paling berkuasa. Sejak dilancarkan 10 tahun yang lalu, sudah banyak evolusi ditempuhi telefon ini untuk tiba ke hari ini. Mereka di iFixit sudahpun meleraikan satu per satu komponen iPhone X dan memberikan skor 6/10 untuk tahap boleh dibaikinya.

iPhone X disahkan tiba di Malaysia bulan ini

Memang heboh sejak seminggu lepas tentang iPhone X, telefon terbaru Apple yang telah mula dijual. Di Singapura yang merupakan salah satu negara pertama menerima iPhone X, dapat dilihat kegilaan orang ramai beratur panjang berhari-hari untuk membelinya. Manakala di Malaysia, walaupun harga iPhone X telah diumumkan secara rasmi dalam Ringgit Malaysia, tarikhnya masih samar-samar. Sehinggalah Apple mengeluarkan kenyataan sebentar tadi. Apple mengesahkan…

Harga HTC U Ultra jatuh bergolek-golek

Sudah jatuh ditimpa tangga. Tetapi ia bukannya perkara yang tidak baik, sebaliknya ini satu berita baik buat peminat telefon pintar HTC. Kerana telefon pintar HTC U Ultra kini berharga RM1,999 sahaja. HTC U Ultra tiba di pasaran Malaysia pada Februari tahun ini, dengan harga jualan RM2,999. Dua bulan selepas itu, harganya dikurangkan sebanyak RM400, menjadi RM2,599 sahaja. (function(d, s, id)...

Pasaran Tablet Catat Pengucupan Dengan Apple Kekal Sebagai Teraju

Menurut IDC, pasaran tablet bagi suku ke-3 2017 (3Q17) menunjukkan penurunan apabila mencatatkan edaran sebanyak 40 juta unit, 2.3 juta lebih rendah berbanding tempoh yang sama. Ramai pemerhati yang beranggapan ia disebabkan oleh pengukuhan sektor PC serta lambakkan telefon fablet yang menghimpin pertumbuhan peranti kelas ini. Syarikat Apple, Amazon, Huawei, dan Lenovo mencatatkan peningkatan daripada segi edaran dalam julat antara…

Boost mahu bebaskan UTM dari cengkaman Tunai

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi yang terawal dalam menyahut saranan pembayaran tanpa tunai, apabila mengumumkan kerjasama dengan Boost, sebuah dompet elektronik dalam mewujudkan ‘Kampus Tanpa Tunai’ pertama di Malaysia. Kerjasama ini dimeterai melalui satu majlis menandatangan rasmi oleh Christopher Tiffin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boost, Profesor Dr. Azlan Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM dan Dick Hilmi Dato Hassan,…