Samsung Tawar Khidmat Percuma Baiki Barangan Mangsa Banjir

Sedia maklum yang negeri Pulau Pinang dan Kedah dilanda air bah minggu sudah. Pastinya ramai yang menghadapi dengan masalah barangan rosak dek ditenggami banjir yang melanda. Jika anda menggunakan peralatan rumah berjenama Samsung, usah risau kerana Samsung sedia membantu anda secara PERCUMA. Itulah inisiatif yang dijalankan pihak Samsung Malaysia untuk mengurangkan beban yang ditanggung mangsa banjir terutamanya untuk meneruskan hidup…

Barisan fon kepala baru JBL menggegarkan Malaysia dalam diam

Harman, sebuah syarikat pakar audio yang kini dimiliki oleh Samsung, membawakan pelbagai barisan produk audio terbaru mereka ke Malaysia. Salah satu jenama yang diperkenalkan adalah JBL. JBL hadir dengan beberapa fon kepala yang baru. Untuk fon dalam telinga, ia membawakan model T110BT dan T205. Bagi fon telinga atas kepala, terdapat model E55BT QE dan E65BT NC. Siri Everest yang lebih…

Civic Type R 2017 Ditapau “Ferrari Malaysia”…

…pada harganya. Mana taknya, Myvi (2018) Standard G baru berharga RM44,300 berbanding Civic Type R yang berharga RM320,000. Honda Malaysia hari ini telah melancarkan Honda Civic Type R (FK8) di Malaysia Autoshow 2017 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang. Jentera ini dinobatkan sebagai kereta pacuan depan (front wheel drive) paling pantas melengkapkan…

Melancong ke luar negara hanya RM1 bersama Xpax

Dengan tambang penerbangan rendah, ramai telah mampu melancong ke luar negara. Tetapi bila mahu berinternet, terasa mahal pula membayar RM30 yang boleh digunakan sehari sahaja. Apa kata kalau anda hanya perlu membayar RM1 sehari untuk menggunakan aplikasi permesejan sosial seperti WhatsApp, WeChat dan Facebook Messenger? Kini ia boleh dilakukan pengguna Xpax, kerana Celcom baru memperkenalkan ‘Xpax 1-Day Basic Internet Pass’. Ia…

Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay dan Apple Pay

Jaga-jaga Samsung Pay dan Apple Pay, kini pengguna ada satu lagi alternatif untuk pembayaran nirtunai. Vcash adalah satu produk baru yang dilancarkan oleh Digi Telecommunication Sdn. Bhd. (Digi). Menggunakan vcash, anda boleh menjalankan transaksi jual beli tanpa menggunakan wang tunai tetapi lebih baik. Ia tidak memerlukan telefon yang ada NFC, sebaliknya cukup sekadar telefon dengan fungsi kamera….

SanDisk iXpand Base selesai dua masalah iPhone sekaligus

SanDisk telah menyediakan penyelesaian storan terbaik buat pengguna iPhone dan iPad, menerusi siri iXpand. Tetapi model terbaru iXpand Base ini, melakukan lebih dari itu. iXpand Base adalah storan yang bukan sahaja membuat salinan data daripada iPhone, malah ia juga berfungsi sebagai pengecas pantas. Untuk menggunakan iXpand Base, pengguna perlu memuat turun aplikasi iXpand Base dari Apple Appstore terlebih dahulu. Kemudian, sambungkan…

Kad mikroSD SanDisk Ultra 400GB ini bukan untuk pengguna iPhone… Dan Android

Tahukah anda, berapakah kapasiti kad memori mikroSD yang boleh anda beli di pasaran masa kini? 128GB? 256GB? Bukan. Kerana hari ini Sandisk melancarkan kad memori mikroSD yang paling besar kapasitinya ke Malaysia. 400GB! Satu kekurangan terbesar kad mikroSD 400GB ini adalah ia tidak boleh digunakan di dalam iPhone. Serta beberapa telefon pintar Android yang tidak memiliki slot kad MikroSD. Prestasi kad mikroSD ini…

Had 280 aksara terbaru twitter bukan untuk semua

Twitter akhirnya melepaskan secara rasmi, had berkicau dari 140 alsara kepada 280 aksara. Ia kini boleh digunakan oleh semua pengguna Twitter. Tapi sebenarnya, bukan untuk semua. Untuk menikmati had aksara 280 ini, pengguna perlulah menggunakan aplikasi twitter terkini. Beberapa aplikasi pihak ketiga, berkemungkinan besar masih tidak menyokong had melebihi 140. Kemudian, pengguna bahasa China, Korea & Jepun masih kekal dengan had 140…

Jualan murah gila kata Lenovo dan Moto sempena 11.11

Kemeriahan jualan hari 11.11 semakin hangat, kini disertai pula oleh Motorola dan Lenovo. Khas selama satu hari di stor rasmi Motorola dan Lenovo di Lazada Malaysia, pelbagai tawaran hebat bagi telefon pintar keluaran mereka boleh didapati di sana. Sebelum membuka laman e-dagang Lazada Malaysia, cuba semak dulu tips-tips penjimatan yang kami senaraikan

Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro

Semalam, Apple telah mengumumkan yang mereka akan mula menjual iPhone X pada 24 November ini. Mungkin merujuk pada tukang Tajul Muluk yang sama, Huawei turut akan mula menjual Huawei Mate 10 Pro pada hari yang sama. Huawei Mate 10 Pro dijual pada harga RM3,099. Sebagai perbandingan Samsung Galaxy S8+ dijual pada harga RM3,699, OnePlus 5 pada RM2,599,…