Pelan baru U Mobile Unlimited Hero P79 dapat Spotify Premium percuma

U Mobile hari ini melancarkan pelan baru pascabayar, Unlimited Hero P79 yang menggantikan pelan lama Hero P78. Ia datang dengan pelbagai perkara tanpa-had, dengan tawaran baru Spotify Premium percuma. Berbeza dengan pelan Hero P78 dengan data tanpa-had tapi disekat kelajuan ke 5Mbps, pelan Hero P79 baru ini datang dengan 20GB berkelajuan tinggi. Ia juga diberikan data Roam-Onz ke 12 negara…

Jimat RM200 Jika Beli GoPro HERO6 Black Di 11street

GoPro HERO6 Black adalah kamera aksi tercanggih GoPro dan ia dilancarkan sekitar September 2017 yang lalu. Pada hari pelancaran, ia berharga RM2,399. Kemudian, selepas semakan semula harga sekitar Disember lalu, kamera aksi terhebat ini kini bernilai RM1,849. Tapi, 11street ingin terus menyaingi harga itu dengan memberikan diskaun sehingga RM200. Jika anda ke

Microsoft sahkan Surface Book 2 akan dijual di Malaysia

Baru sahaja Malaysia menerima penjualan Microsoft Surface Laptop yang akan tiba pada Februari depan, kini datang lagi satu berita akan kedatangan satu lagi produk mereka. Microsoft Surface Book 2 yang lebih berkuasa dari Surface Laptop, diumumkan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Blog Microsoft menyatakan, Malaysia adalah antara pasaran yang akan menerima Microsoft…

Percuma baucer RM388 untuk pembelian Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note8

Promosi dan diskaun sering mengiringi ketibaan musim perayaan. Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, Samsung Malaysia mahu meraikannya degan memberikan hadiah bagi setiap pembelian telefon pintar Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ dan Galaxy Note8. Promosi Tahun Baru Cina ini akan berjalan dari 22 Januari sehingga 15 Februari, di mana setiap pembelian telefon pintar Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ dan Galaxy…

Penyamaran pelbagai peringkat untuk curi data Facebook

Penyelidik keselamatan di Trend Micro memaklumkan bahawa mereka menemui sebuah malware Android yang digelar GhostTeam. Malware ini amat merbahaya kerana ia cuba mencuri data Facebook pengguna, dan agak sukar dikesan kerana menggunakan helah pelbagai peringkat. Tambah Trend Micro lagi, malware ini dikesan berada di Google Playstore sejak April 2017 dan terdapat di dalam 53 jenis aplikasi berbeza….

Pada Harga RM207, Ini Mungkin Jam Tangan GPS Paling Murah Boleh Dibeli

11street sedang menjalankan kempen Tahun Baru Cina dan pelbagai barangan kini dijual pada harga diskaun. Salah satunya adalah Huami Amazfit Bip yang menerima potongan harga sebanyak 46% kepada RM236.88. Untuk satu jam tangan kecergasan berharga kurang daripada RM250, apakah yang anda dapat? Huami…

Aktifkan Site Isolation untuk lindungi Chrome dari bahaya Spectre

Google kini sedang berusaha menampal kerentanan Spectre yang dikesan memberi ruang kepada penceroboh, menggodam produk keluarannya menggunakan teknik ‘Speculative Execution’ di CPU. Pelayar Chrome di komputer Windows, Android, Linux mahupun macOS dilaporkan akan dikemaskini dengan penyelesaian Spectre tetapi pada versi 64 yang akan datang. Buat sementara itu, pengguna yang memiliki Chrome versi 63 boleh mengaktifkan sendiri fungsi keselamatan…

Telekom Malaysia Lancar [email protected] Untuk Gantikan Webe?

Peneraju era Internet Convergence di Malaysia, Telekom Malaysia (TM) bercita-cita menyediakan penyelesaian jalur lebar dimana-mana dan bila-bila masa. Selepas HyppTV dijenamakan sebagai UniFi TV, TM kini dikesan menyenaraikan APP [email protected] di Play Store dan iTunes. Untuk menyiasat lebih lanjut, saya telah memasang APP itu ke dalam telefon. [email protected] pada…

Jualan terlampau murah Huawei Matebook, MateDock & MatePen hanya RM1,599

Jika anda berangan untuk mendapatkan laptop yang nipis, ringan dan cukup bertenaga, cuba realisasikannya minggu depan. Huawei Mobile menerusi Facebooknya, akan membuat menjual Huawei Matebook dengan diskaun melampau sebanyak RM4,568! Bersiap sedia pada hari Isnin, 22 Januari 2018 jam, 3 petang. Pada waktu ini, Huawei akan menjual Matebook + MateDock + MatePen pada harga RM1,599 sahaja. Harga asal untuk ketiga-tiga…

Satu mesej machai boleh musnahkan hidup pengguna iPhone

Satu pepijat telah ditemui di dalam sistem operasi iOS di mana ia boleh menjahanamkan aplikasi Messages dan seterusnya membuatkan iPhone tersebut beku, atau mati, atau restart. Hanya dengan menghantar satu pautan yang direka secara istimewa. Pepijat ini telah ditemui oleh seorang pembangun perisian, Abraham Masri. Dan beliau menamakan pepijat itu chaiOS. Bukan ma-chai tapi chaiOS. 👋…