Anda masih ingat Ioniq 5? Rekaan futuristik macam cyberpunk. Badan kekotak, lampu led matrix. Sekiranya anda lebih gemarkan kereta dengan rekaan yang lebih konvensional, Hyundai ada model baharu iaitu Ioniq 6.
Harga Hyundai Ioniq 6 di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, kita beroleh dua varian teratas Hyundai Ioniq 6. Harga dua variant ersebut dalam pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
- Hyundai Ioniq 6 Max (RWD) – RM289,888
- Hyundai Ioniq 6 Max (AWD) – RM319,888
Kesemua Ioniq 6 di Malaysia dilindungi jaminan 2 tahun ataupun 50,000km. Untuk sistem bateri pula, jaminan yang diberikan adalah 8 tahun ataupun 160,000km. Pengguna ada pilihan untuk memanjangkan jaminan asas dengan pembelian pakej jaminan tambahan bernilai RM10,000. Dengan pakej tersebut, jaminan dipanjangkan kepada 6 tahun ataupun 100,000km beserta 3 tahun ataupun 50,000km servis percuma.
Sebagai perbandingan, Ioniq 5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut:
- Hyundai Ioniq 5 Lite – RM207,808
- Hyundai Ioniq 5 Plus – RM238,408
- Hyundai Ioniq 5 Max – RM270,408
Spesifikasi Hyundai Ioniq 6
Hyundai Ioniq 6 mengguna pakai platofmr e-GMP yang sama dengan Ioniq 5. Jadi anda boleh jangkakan banyak persamaan antara kedua-dua mereka kecuali pada rekaan.
Bila Ioniq 5 lebih kepada kategori SUV, Ioniq 6 boleh dimasukkan ke dalam keluarga sedan. Bermula di bahagian depan, anda dapat hud yang tirus dan memanjang ke bawah dengan lampu berasaskan LED. Bentuk lampu yang lebih konservatif dan secara keseluruhan bahagian depannya dirasakan ada iras-iras Elantra.
Bahagian belakang meneruskan idea konservatif tadi. Anda boleh perhatikan pada kehadiran spoiler yang ada, mirip Porsche 911 zaman purba dulu. Hyundai masih menyuntik elemen futuristik secara halus dengan penampilan lampu belakang berpiksel merentas bahagian belakang.
Ioniq 6 memiliki keluasan but 401L, lebih kecil berbanding Ioniq 5 yang ada 527L. Kompromi itu terpaksa dilakukan untuk mencapai rekaan tirus ini.
Ada dua varian Ioniq 6 boleh ditawarkan iaitu RWD dan satu lagi AWD. Varian RWD mempunyai output kuasa pada paras 125kW dengan tork setinggi 350Nm. Varian pacuan semua roda mempunyai output pada paras 225kW dengan tork 605Nm. Pecutan abad kedua-dua varian RWD dan AWD adalah masing-masing pada 7.4s dan 5.1s.
Lagi angka yang dikongsikan antara varian adalah kapasiti bateri. Hyundai Ioniq 6 memiliki sistem bateri berkapasiti 77.4kWh. Versi pacuan roda belakang boleh membawa anda sejauh 614km berdasarkan piawaian WLTP. Jarak kembara yang lebih singkat dilaporkan untuk pacuan semua roda iaitu pada senggatan 583km.
Jarak kembara yang mengagumkan ini bukan sahaja dicapai menerusi kapasiti bateri yang besar, ia turut disumbangkan oleh pekali seretan (drag coefficient) rendah yang dimilikinya. Hyundai melaporkan yang Ioniq 6 mempunyai pekali 0.21 iaitu antara yang terendah dalam pasaran.
Sistem pengecasan Ioniq 6 adalah sama dengan yang dimiliki Ioniq 5. Dilengakpi dengan sistem bateri 800V, mengisi EV ini daripada 10% hingga 80% menggunakan pengecas 350kW mengambil masa 18 minit sahaja menggunakan arus DC. Apabila arus AC digunakan, ia menyokong sehingga 11kW dan mengambil masa sekitar 8 jam untuk diisi.
Untuk kemudahan, ciri vehicle-to-load (V2L) juga disediakan. Selain menggunakan penyesuai untuk port pengecas, terdapat juga soket 3 pin yang terletak di bahagian bawah kerusi penumpang belakang untuk digunakan.
Di bahagian kokpit, pemandu dihidangkan dengan sepasang skrin sesentuh 12.3”. Pemandangan yang sama boleh anda temukan pada Ionia 5 dulu. Ada macam-macam butang fizikal disediakan terutamanya di stereng. Orang-orang lama pastiya akan menghargai fungsi-fungsi sebegini, tak macam Tesla, semuanya perlu senuh skrin.
Kemudahan-kemudahan lain yang ada bakal perolehi adalah seperit pengecasan wayarles. Port-port USB-C dan punca kuasa bertebaran di sekutar kereta.
Secara keseluruhannya, ini adalah sebuah lagi EV daripada Korea yang boleh anda pertimbangkan. Dengan lambakan EV yang masuk daripada jenama Eropah dan EV mampu milik daripada jenama China, agak menarik untuk melihat alternatif daripada jenama yang lebih senior dan boleh dipercayai ditawarkan untuk pengguna Malaysia.