• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Spin 5 Dan Swift 3 Enggan Korban Prestasi Untuk Mobiliti

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:51 am
  • 26/10/2017
  • Komen
Spin 5 Dan Swift 3 Enggan Korban Prestasi Untuk Mobiliti
Share on FacebookShare on Twitter

Dulu kalau kita nak dapatkan sebuah laptop dengan tahap mobiliti yang tinggi, sudah tentu kita perlu korbankan bahagian prestasi bukan? Kini tak lagi kerana Acer sudahpun merapatkan jurang antara laptop bermobliti tinggi dengan berprestasi tinggi dalam Spin 5 dan Swift 3.

Spin dan Swift adalah laptop dalam kelas ultranipis daripada Acer dengan Spin memiliki skrin sentuh serta paparan boleh kilas hingga 360 darjah.



Spin 5

Spin 5 dikemaskini untuk menggunakan cip pemproses Intel Core generasi ke-8 bersama-sama GPU NVIDIA GeForce GTX1050. Pada papan utama juga anda menerima RAM seluas 8GB beserta sekeping SSD 256GB.

Menjadi paparan Spin 5 adalah paparan HD Penuh sebesar 13.3″ atau 15.6″ bergantung pada varian.



Sungguhpun nipis, masih terdapat sejumlah port asas untuk kegunaan pengguna. Selain USC-C mereka turut menikmati sambungan USB-A 3.0, HDMI, pembaca kad SD, dan audio.

Menggerakkan semua komponen elektronik pada Spin 5 adalah bateri 4 sel dengan kapasiti 48Wh. Ia dimaklumkan mampu menguasakan laptop ini sehingga 10 jam lamanya.

Swift 3

Swift juga tidak ketinggalan menerima kemas kini daripada Acer. Ia menerima cip Intel Core generasi ke-8 yang lebih cekap tenaga tapi tinggi prestasinya berbanding generasi sebelumnya.

Lebih menarik, GPU padanya turut diperbaharui dengan NVIDIA MX150 yang menggunakan seni bina Pascal. Ia memberikan kemampun grafik sekurang-kurangnya 50% lebih baik berbanding yang gunakan seni bina Maxwell.

Bergandingan dengan GPU yang hebat adalah RAM DDR4 seluas 8GB bersama-sama SSD berkapasiti 256GB.

Antara port I/O yang boleh pengguna temui pada kedua-dua sisi laptop ini adalah seperti HDMI, USB-C, USB-A 3.0, audio, dan pembaca kad SD.

Swift 3 hanya ditawarkan dalam satu saiz iaitu 15.6″. Ia menggunakan panel IPS dengan resolusi HD Penuh sama seperti Spin 5.

Harga

Acer Spin 5 dijual pada harga bermula RM3,599 dalam beberapa varian.

  • Intel Core i5 Gen. 8, 8GB DDR4 RAM, 256GB SSD, dan Panel Peka Sentuhan IPS 13.3″ HD Penuh — RM3,599
  • Intel Core i5 Gen. 8, 8GB DDR4 RAM, 256GB SSD, dan Panel Peka Sentuhan IPS 13.3″ HD Penuh — RM4,399
  • Intel Core i5 Gen. 8, 8GB DDR4 RAM, 256GB SSD, NVIDIA GTX1050 4GB dan Panel Peka Sentuhan IPS 15.6″ HD Penuh — RM4,399

Acer Swift 3 hadir dalam warna Steel Grey dan Stellar Blue. Ia dijual pada harga RM4,299. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

 

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Spin 5Acer Swift 3GeForceGTX1050Laptop BajetLaptop MurahMX150
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Spin 5 Dan Swift 3 Enggan Korban Prestasi Untuk Mobiliti

Spin 5 Dan Swift 3 Enggan Korban Prestasi Untuk Mobiliti

26 October 2017
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN