• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:56 pm
  • 19/08/2024
  • Komen
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan teknologi sekarang, mencari arah kiblat memang sangat mudah menggunakan telefon pintar. Ada banyak aplikasi-aplikasi islamik macam Huda, Qalby dan TheNoor yang menyediakan pencarian arah kiblat menggunakan kompas terus dalam aplikasi. Namun, satu benda yang leceh dengan aplikasi adalah anda perlu muat turunnya sebelum ia boleh digunakan.

Namun, tahu tak sebenarnya anda boleh mencari arah kiblat tanpa perlu memuat turun aplikasi pun. Hanya gunakan aplikasi yang sedia ada di telefon pintar atau boleh juga menggunakan komputer. Nak tahu caranya? Ini saya terangkan.



1. Cari arah kiblat guna kompas fizikal atau digital

Pertama sekali, anda boleh menggunakan kompas, sama ada kompas fizikal atau kompas digital dalam telefon. Kebiasaannya, telefon pintar sekarang sudah diprapasang dengan aplikasi kompas digital. Jadi untuk tentukan arah kiblat dengan kompas, caranya mudah sahaja. Anda perlu ratakan kompas atau telefon pintar anda, kemudian halakan kompas tersebut ke sekitar 292 darjah.

Sebab apa saya kata ia sekitar 292 darjah adalah, terdapat angka yang berbeza untuk menentukan arah kiblat melalui kompas bagi setiap kawasan di Malaysia. Oleh itu, untuk tahu lebih lanjut, anda boleh dapatkan angka yang tepat di sini.



2. Cari arah kiblat guna Google Maps

Cara kedua adalah menggunakan Google Maps melalui GPS. Anda boleh gunakan komputer telefon pintar dengan cara ini. Selalunya aplikasi Google Maps dah siap pasang di dalam telefon Android, jadi anda tak perlu nak muat turutnnya.

Tetapi, kaedah Google Maps ini sebenarnya tidaklah berapa mudah dan tepat untuk tentukan arah kiblat serta perlukan lebih banyak langkah. Namun, ia masih kaedah yang berguna jika anda tiada cara lain yang boleh digunakan.

Untuk lakukannya, pertama sekali anda perlu pergi ke lokasi kaabah di peta Google, kemudian tekan lama pada sekitar kaabah untuk gunakan fungsi ukur jarak (Measure distance). Dari situ, anda tekan pilihan ukur jarak dan peta akan menandakan titik pertama di kaabah. Seterusnya anda perlu alihkan titik kedua kepada lokasi anda berada. Sesudah itu, anda boleh mendapatkan di mana arah kiblat.

3. Cari arah kiblat guna pelayar laman web

Seterusnya adalah menggunakan pelayar laman web. Ada beberapa pelayar yang anda boleh gunakan macam Qibla Finder, MyIslam dan Halal Trip. Kesemuannya ada cara yang lebih kurang sama untuk mencari kiblat melalui peta jika anda menggunakan komputer. Macam Google Maps, ia juga akan menunjukkan arah kiblat menggunakan peta, tetapi lebih mudah kerana anda tak perlu isikan lokasi kaabah dan lokasi semasa anda secara manual.

Contoh di Qibla Finder

Untuk lakukannya, sesudah pergi ke mana-mana laman web yang dinyatakan, anda perlu berikan akses lokasi dan laman web itu akan menunjukkan anda satu garisan yang menghala ke kaabah untuk anda gunakan rujukan sebagai arah kibat. Anda juga boleh menggunakan kaedah ini di peranti mudah alih macam telefon pintar atau tablet, dengan laman web MyIslam dan Halal Trip turut akan memaparkan arah kiblat melalui peta.

Qibla Finder di telefon pintar

Tetapi yang menariknya, Qibla Finder membolehkan anda cari arah kiblat dengan lebih tepat menggunakan Augmented Reality (AR). Ini bermaksud anda perlu menghalakan peranti telefon seperti menangkap gambar untuk menentukan arah kiblat. Sekiranya arah kiblat dah tepat, akan ada ikon kaabah serta jarak anda berada dari kaabah.

Namun, jika telefon anda kehabisan bateri atau tak ada capaian internet yang bagus, anda masih boleh gunakan komputer untuk mencari arah kibat menggunakan cara ini.

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat
  • TIPS: Cara tentukan arah kiblat dengan mudah guna telefon pintar (2024)
  • TIPS: 5 platform untuk bayar qurban secara online dalam Malaysia
Tags: arah kiblatcara cari arah kiblatgoogle mapskiblattelefon pintar
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER