• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Maxis NeXT Pelopori Dunia Penawaran Telefon Alaf Baru

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:20 am
  • 03/11/2017
  • Komen
Maxis NeXT Pelopori Dunia Penawaran Telefon Alaf Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Memiliki telefon bukanlah semudah yang disangka. Sesudah membeli alat perhubungan itu, anda perlu mencari penyedia perkhidmatan untuk dirangkaikan kepadanya pula. Itu tidak pula termasuk risiko kerosakkan pada telefon sepanjang penggunaan.

Maxis ingin memikul beban itu bagi pihak anda, supaya perhubungan anda menjadi sifar risau, melalui pelan Maxis NeXT.



Melalui Maxis NeXT, Maxis bukan sahaja menyediakan anda dengan perkhidmatan 4G terbaik Malaysia, mereka juga memberikan anda satu set telefon dalam satu pakej. Lebih menarik, telefon yang dikeluarkan khas oleh Maxis itu memiliki jaminan sehingga 2 tahun lamanya untuk sebarang kecacatan.

Ultimate Care memberikan jaminan seperi berikut:



  • Jaminan 24 bulan
  • Perlindungan skrin retak selama 12 bulan
  • Pertukaran 1-dengan-1
  • Hotline yang beroperasi 24/7

Beralih pada telefon yang ditawarkan pula, sebanyak dua telefon yang dikeluarkan khas oleh Maxis untuk digunakan bersama pelan NeXT iaitu NeXT X1 dan NeXT M1. Maxis sudahpun memasarkan produk NeXT sejak awal tahun ini melalui NeXT M1 untuk mengukur sejauh mana penerimaan pengguna terhadap penawaran revolusioner ini.

Oleh sebab tawaran yang memberangsangkan, mereka hadir pula dengan NeXT X1 yang lebih berkuasa dengan pelan komunikasi yang lebih menarik.

Berbanding model terdahulu, X1 diperkasa dengan cip yang lebih mantap iaitu Snapdragon 435. Penambahbaikkan juga boleh dilihat pada bahagian storan dan RAM yang kini masing-masing menerima 32GB dan 3GB.

Maxis NeXT dilihat memudahkan pelanggan yang ingin membeli alat perhubungan untuk ibu bapa mereka yang tidak mahu kusut memikirkan hal penjagaan telefon. Golongan korporat juga tentunya meminati perkhidmatan ini untuk menyediakan telefon kepada pekerja mereka.

Jika anda berminat untuk melanggan pelan ini, Maxis NeXT ditawarkan dalam dua pakej iaitu:

  • Maxis NeXT M1 pada harga RM78/bulan
  • Maxis NeXT X1 pada harga RM98/bulan

Anda boleh melawati laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

 

 

Tags: maxismaxis malaysiamaxis nextmaxis next m1maxis next x1maxisonenext m1next x1pascabayar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Maxis NeXT Pelopori Dunia Penawaran Telefon Alaf Baru

Maxis NeXT Pelopori Dunia Penawaran Telefon Alaf Baru

3 November 2017
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN