[Artikel ini dibawakan oleh CIMB]
CIMB Islamic Bank Berhad kini memperkenalkan rangkaian komprehensif Pengurusan Kekayaan Islam (Islamic Wealth Management) yang menggabungkan pelbagai penyelesaian kewangan patuh Shariah dalam satu ekosistem.
Penawaran ini merangkumi inovasi digital baharu seperti Zakat365 Lite dan Faraid360, selain perkhidmatan MyWealth yang dipertingkatkan dengan pilihan pelaburan patuh Syariah.
Melalui ekosistem ini, CIMB Islamic mahu memperluas akses kepada pengurusan kekayaan Islam kepada lebih ramai pelanggan, merangkumi aspek pelaburan, perlindungan kewangan, penyucian harta, perancangan harta pusaka serta khidmat nasihat. Ia juga bertujuan membantu pelanggan membina, mengurus dan mewariskan kekayaan mengikut prinsip Syariah.
Seiring dengan pelancaran ini, CIMB Group turut menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah pengurusan (AUM) Kekayaan Islam kepada lebih dua kali ganda menjelang tahun 2030.
Penyelesaian digital baharu yang ditawarkan

Sebagai sebahagian daripada ekosistem baharu ini, CIMB menawarkan tiga penyelesaian digital baharu untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan dan merancang pembahagian harta mereka.

Salah satu ciri baharu tersebut adalah Zakat365 Lite yang boleh diakses menerusi aplikasi CIMB OCTO. Ia membantu pelanggan menganggarkan jumlah zakat berdasarkan aset patuh Syariah yang layak serta baki yangs tersedia dalam akaun.

Secara keseluruhan, Zakat365 Lite menyokong pembayaran zakat kepada 14 pusat zakat. Namun, pada peringkat awal pelancaran, hanya tiga pusat zakat akan tersedia, iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah, Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP).
Ciri Zakat365 Lite ini dijangka tersedia kepada pengguna sekitar pertengahan Disember.

Sementara itu, Faraid360 merupakan alat simulasi yang membolehkan pengguna mengira pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid. Ia boleh diakses melalui laman web CIMB dan membantu pelanggan mendapat gambaran lebih jelas bagaimana harta mereka boleh diagihkan kepada waris yang layak.

Pelanggan juga boleh meneroka kesan penyelesaian perancangan legasi Islam seperti Rancang Hibah, Rancang Harta Sepencarian dan Hibah Takaful.
Bagi tujuan pelaburan pula, CIMB mempertingkatkan ciri MyWealth di dalam aplikasi CIMB OCTO. Ia kini dilengkapi fungsi “Shariah Selector” yang menyediakan pandangan berkenaan peruntukan aset berdasarkan keperluan pelanggan, di samping memberikan akses terus kepada 57 dana pelaburan patuh Syariah.
Selain kemudahan digital ini, pelanggan turut mendapat sokongan daripada Perancang Kewangan Islam bertauliah untuk membantu mereka menguruskan kekayaan dan merancang kewangan mengikut keperluan masing-masing.
Empat teras utama Pengurusan Kekayaan Islam CIMB

Menurut CIMB, rangkaian Pengurusan Kekayaan Islam ini dibina berasaskan empat teras utama, iaitu Grow, Protect, Purify dan Distribute. Setiap teras memberi tumpuan kepada aspek berbeza dalam pengurusan kekayaan pelanggan.
- Grow: Membantu pelanggan membina kekayaan melalui pilihan pelaburan dan simpanan patuh Syariah yang disesuaikan dengan matlamat kewangan serta tahap toleransi risiko masing-masing.
- Protect: Menyediakan perlindungan kewangan menerusi takaful dan penyelesaian lain bagi melindungi kekayaan serta menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga.
- Purify: Membantu pelanggan menunaikan tanggungjawab agama dan sosial melalui penyelesaian berkaitan zakat, wakaf dan sedekah.
- Distribute: Membantu pelanggan merancang pembahagian harta pusaka dan pewarisan kekayaan melalui penyelesaian seperti Wasiat, Rancang Hibah dan Rancang Harta Sepencarian.
Bagi pelanggan Private Wealth, penawaran ini turut dilengkapi perkhidmatan rundingan zakat secara peribadi bersama pihak berkuasa zakat yang terlibat.
Sasar bangunkan 100 Perancang Kewangan Islam bertauliah menjelang 2027

Selain memperkenalkan penyelesaian digital, CIMB turut merancang untuk memperkukuh khidmat nasihat kewangan Islam kepada pelanggan.
Bank ini menyasarkan untuk membangunkan pasukan yang terdiri daripada 100 Perancang Kewangan Islam bertauliah menjelang suku pertama 2027.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, “Kami berhasrat untuk memperluas akses kepada pengurusan kekayaan Islam dengan memudahkan pelanggan membina dan mengurus kekayaan pada setiap peringkat perjalanan kewangan mereka menerusi inovasi digital seperti Zakat365 Lite, Faraid360 dan penawaran MyWealth yang dipertingkatkan dengan pilihan pelaburan patuh Syariah, membawa barakah di hujung jari anda.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Haniz Nazlan pula berkata, “Kami komited untuk memperkasa pelanggan membuat keputusan kewangan yang termaklum, merancang pengagihan kekayaan dengan yakin dan meninggalkan legasi bermakna untuk generasi masa hadapan, selari dengan matlamat CIMB untuk memperkasakan pelanggan dan masyarakat”.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Islamic Wealth Management CIMB boleh anda dapatkan di laman web rasmi CIMB.






