• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:17 am
  • 22/11/2026
  • Komen
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian
Share on FacebookShare on Twitter

Tune Talk mengumumkan mereka kini memperoleh lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (Individu) atau NFP(I) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Lesen ini memberi telco itu lebih fleksibiliti untuk memiliki dan menyediakan infrastruktur rangkaiannya sendiri di Malaysia.

Kelulusan terbaharu ini disifatkan sebagai satu lagi langkah ke arah kawalan yang lebih besar terhadap operasi rangkaian Tune Talk, selepas pelancaran rangkaian teras berasaskan awan awal tahun ini.



Walau bagaimanapun, dengan kelulusan lesen ini, ia tidak bermakna Tune Talk akan terus membina rangkaian mudah alih baharu atau mendirikan menara telekomunikasi sendiri dalam masa terdekat.

Apa yang boleh dilakukan Tune Talk dengan lesen NFP(I)?

Lesen NFP(I) membenarkan Tune Talk memiliki dan menyediakan kemudahan rangkaian tertentu, termasuk peralatan penghantaran, pautan tetap, kabel dan menara telekomunikasi.



Dengan kelulusan ini, Tune Talk kini memegang tiga jenis lesen telekomunikasi:

  • Penyedia Kemudahan Rangkaian (Individu) [NFP(I)]: Membolehkan syarikat memiliki atau menyediakan infrastruktur rangkaian fizikal tertentu.
  • Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (Individu) [NSP(I)]: Meliputi penyediaan perkhidmatan rangkaian, termasuk sambungan telekomunikasi.
  • Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)]: Merangkumi penyediaan perkhidmatan aplikasi kepada pelanggan.

Menurut Tune Talk, lesen baharu ini memberi asas pengawalseliaan untuk merancang rangkaiannya dengan lebih fleksibel, meneroka pemilikan infrastruktur dan perkongsian rangkaian, serta membina kebebasan operasi yang lebih besar, tertakluk kepada keperluan kawal selia yang berkaitan.

Perlu diingat bahawa lesen ini tidak secara automatik memberi hak spektrum atau akses tanpa had kepada rangkaian akses radio. Sebarang aktiviti spektrum, infrastruktur atau akses rangkaian pada masa depan masih tertakluk kepada kelulusan pengawal selia, syarat lesen dan perjanjian komersial yang berkenaan.

Tune Talk sudah lancarkan rangkaian teras berasaskan awan di AWS

Perkembangan terbaharu ini menyusul selepas pelancaran rangkaian teras natif awan (cloud-native core network) Tune Talk pada Mac 2026, yang dibangunkan dengan kerjasama Nokia dan Mavenir serta dihoskan menerusi Amazon Web Services (AWS).

Rangkaian teras baharu ini membolehkan Tune Talk mengurus lebih banyak operasi rangkaiannya secara sendiri, selain memberi fleksibiliti untuk memperkenalkan pelan dan ciri baharu dalam tempoh beberapa hari berbanding berbulan-bulan sebelum ini.

Mengulas mengenai kelulusan terbaharu itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda berkata, “Mudah untuk bercakap tentang membina rangkaian yang lebih baik. Kami lebih suka menunjukkan hasilnya.”

Tambah beliau, “Membina rangkaian teras natif awan sendiri merupakan langkah terancang agar Tune Talk mempunyai lebih kawalan terhadap cara rangkaian kami berkembang, dan lesen ini memberikan asas yang lebih kukuh kepada usaha tersebut. Bagi kami, ‘Kasi Tune’ bermaksud membantu rakyat Malaysia mendapatkan lebih nilai daripada setiap sambungan, dan ia bermula dengan keyakinan terhadap rangkaian yang menyokongnya. Ini adalah satu asas, bukan garisan penamat, dan apa jua yang kami bina di atasnya akan dilakukan dengan betul, berserta kelulusan dan rakan kerjasama yang tepat.”

Apa maknanya kepada pelanggan Tune Talk?

Bagi pelanggan sedia ada, kelulusan lesen NFP(I) ini tidak membawa sebarang perubahan serta-merta kepada pelan mudah alih, nombor telefon atau perkhidmatan yang sedang digunakan.

Tune Talk menjelaskan bahawa perubahan yang dilakukan ketika ini lebih tertumpu kepada infrastruktur di sebalik perkhidmatan mereka. Ia merupakan pelaburan pada bahagian rangkaian yang mungkin tidak dilihat oleh pelanggan, tetapi menjadi asas kepada penggunaan perkhidmatan harian.

Walaupun lesen baharu ini memberikan Tune Talk lebih banyak pilihan untuk memperluas keupayaan rangkaian dan mengurangkan kebergantungan kepada infrastruktur pihak ketiga pada masa hadapan, syarikat itu masih belum mengumumkan sebarang perancangan khusus berkaitan pembangunan infrastruktur sendiri.

Buat masa ini, Tune Talk masih menggunakan rangkaian 4G dan 5G CelcomDigi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya.

[Sumber: Tune Talk]

Tags: MCMCNFPSKMMtune talk
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN