• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama honor

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:44 am
  • 25/11/2026
  • Komen
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan Honor Magic 9 Pro Max, Honor Malaysia turut memperkenalkan tablet terbaharu, Pad X9b Max.

Ia merupakan tablet kelas pertengahan yang tampil dengan cip Snapdragon 6s Gen 4, bateri 10,100mAh serta skrin besar 13″. Menariknya, tablet ini turut menerima pensijilan IMAX Enhanced memberikan pengalaman tontonan yang lebih imersif.



Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tablet ketiga yang dilancarkan Honor tahun ini, selepas siri Pad 20 dan Pad X7b.

Harga dan ketersediaan Honor Pad X9b Max di Malaysia

Tablet Honor Pad X9b Max boleh didapatkan di Malaysia sekarang pada harga RM1,499 untuk satu-satunya varian dengan RAM 8GB dan storan 256GB.



Namun, perlu ambil perhatian bahawa tablet ini merupakan varian WiFi sahaja, tiada sokongan selular 4G atau 5G.

Sempena pelancarannya, Honor turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM598 kepada pembeli, termasuk papan kekunci Smart Bluetooth Keyboard bernilai RM299 dan pen stailus Magic Pencil 4s bernilai RM299 secara percuma.

Hanya ada satu warna yang disediakan bagi Pad X9b Max iaitu kelabu. Anda boleh mendapatkannya menerusi Honor Experiences Store di seluruh negara, stor dalam talian Honor Malaysia serta Lazada, Shopee dan TikTok.

Untuk alternatif, tablet ini juga boleh didapati menerusi pengedar sah di seluruh negara termasuk Hargvey Norman, Senheng, senQ dan Urban Republic.

Spesifikasi Honor Pad X9b Max

Honor Pad X9b Max adalah sebuah tablet bersaiz 13″. Paparannya memanfaatkan panel LCD beresolusi 2.5K (2,500 × 1,560 piksel) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan puncak 700 nits. Paparannya turut menyokong sehingga 1.07 bilion warna, selain dilengkapi ciri penjagaan mata, termasuk DC Dimming, perlindungan cahaya biru pada peringkat perkakasan, Dynamic Dimming dan menggunakan paparan seakan kertas.

Skrin tersebut dipadankan dengan susunan empat pembesar suara menyokong dts X dan Hi Res Audio. Lebih menarik, tablet ini turut menerima pensijilan IMAX Enhanced, memberikan pengalaman menonton lebih imersif.

Walaupun mempunyai skrin besar, tablet ini masih tampil dengan reka bentuk yang nipis. Ia menggunakan binaan unibodi aluminium dengan ketebalan hanya 6.72mm dan berat 618g.

Kuasa utama Pad X9b Max digerakkan oleh cip Snapdragon 6s 4G Gen 2, dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Kapasiti RAM turut boleh diperluas sehingga 24GB dengan tambahan 16GB melalui Honor RAM Turbo, manakala terdapat slot kad mikroSD menyokong storan tambahan sehingga 2TB.

Untuk kegunaan produktiviti, tablet juga boleh dipadankan dengan aksesori Smart Bluetooth Keyboard dan stylus Honor Magic Pencil 4s USB-C untuk mencatat nota serta melukis. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan antaramuka pengurusan fail seakan komputer PC

Berkenaan kamera, Honor Pad X9b Max mendapat kamera belakang 5MP serta kamera hadapan 5MP.

Tenaga tablet pula disalurkan bateri berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan Honor SuperCharge 45W. Menurut Honor, tablet ini boleh bertahan sehingga 16 jam main balik video atau 13 jam membaca dengan sekali cas.

Dari segi sambungan, ia menyokong Wi-Fi 5 (802.11ac) dan Bluetooth 5.1. Sejurus keluar kotak, Honor pad X9b Max menjalankan sistem operasi MagicOS 10 berasaskan Android 16 dan menyokong perkongsian fail dengan peranti iOS, Android, HarmonyOS, Windows dan Mac. Jika anda menggunakan telefon pintar Honor yang serasi, ciri Honor MagicRing turut membolehkan perkongsian sambungan rangkaian, panggilan dan notifikasi antara peranti.

Bagi ibu bapa yang mahu membeli tablet ini untuk anak-anak, Pad X9b Max menyediakan ruang kanak-kanak khusus dengan had masa skrin, sekatan aplikasi dan kawalan terhadap kandungan media yang boleh diakses. Ia juga mempunyai ciri keselesaan mata, termasuk peringatan jarak tontonan, postur dan kecerahan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Honor X9b Max.

Tags: honorhonor malaysiaHonor Pad X9b Max
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN