• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak Habis Guna Data? XPAX Boleh Bawa Ke Depan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:29 am
  • 03/11/2017
  • Komen
Tak Habis Guna Data? XPAX Boleh Bawa Ke Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda layari laman prabayar XPAX hari ini, anda bakal dihidangkan dengan beberapa pembaharuan pada tawaran internet mereka. Kelainan yang pertama adalah XPAX kini menyertakan 10GB data percuma setiap bulan untuk digunakan pada apps Instagram, jika anda melanggan mana-mana pelan Internet. Ia mengiringi 10GB Facebook yang sedia ada.

Yang kedua adalah mereka turut memperkenalkan Data Rollover. Melalui ciri ini, data yang tidak dihabiskan akan dibawa ke depan. Ia adalah yang pertama seumpamanya dalam dunia prabayar. Berapa banyak had data yang dibawa kedepan oleh fungsi Data Rollover tidak pula dinyatakan dalam Terma & Syaratnya.



Tetapi pengguna perlu kekal aktif melanggan pelan internet untuk layak menggunakan Data Rollover ini. Pastikan pelan internet dilanggan secara automatik, atau perbaharui pelan internet sebelum tamat tempoh.

Selain kemas kini pada pakej internet, mereka turut memperkenalkan Instagram Walla, data tambahan khas untuk kaki Instagram yang berharga RM1 (harian), RM7 (mingguan), dan RM20 (bulanan). Jangan lupa untuk layari laman rasmi XPAX untuk maklumat lanjut.



Tags: celcomcelcom axiatacelcom malaysiadata rolloverinstagram wallainternet rolloverlagiawesomenokelentongxpaxxpax malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak Habis Guna Data? XPAX Boleh Bawa Ke Depan

Tak Habis Guna Data? XPAX Boleh Bawa Ke Depan

3 November 2017
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN