• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Pegasus 4S Telefon Pertama Asus Dengan Paparan Memanjang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:06 pm
  • 06/11/2017
  • Komen
Pegasus 4S Telefon Pertama Asus Dengan Paparan Memanjang
Share on FacebookShare on Twitter

Berada di fasa akhir tahun 2017 ini, Asus akhirnya mengumumkan penyertaan mereka di meja trend telefon bernisbah paparan 18:9 melalui Asus Pegasus 4S. Berdasarkan helaian spesifikasi, ia boleh dikelaskan dalam kelas pertengahan tapi tidaklah sehebat ZenFone 4 Selfie Pro.

Ciri utama telefon ini pastinya terletak pada panel 5.7″ yang memanjang daripada biasa. Ia adalah telefon yang pertama hasilan Asus yang memiliki panel paparan seumpamanya. Walau bagaimanapun, resolusi yang diberikan padanya agak hambar iaitu 1440×720 sahaja ataupun HD+.



Beralih pada spesifikasi teknikal, ia dikuasakan cip MediaTek MT6750T. RAM sebesar 3GB/4GB mengiringi cip itu bersama-sama storan sebesar 32GB/64GB. Sejurus keluar kotak, ia mendukung sistem operasi Android 7 Nougat. Bateri 4,030mAh pada telefon ini pastinya memberikan waktu penggunaan yang panjang.

Pegasus 4S menggunakan konfigurasi dwikamera belakang. Terdapat sensor 16MP dan 8MP tetapi butiran tetnang lensa tidak pula didedahkan. Telefon ini dijual hanya di China bermula 9 November 2017.



[Sumber: GadgetMatch, GizmoChina]

Tags: asusasus malaysiaasus pegasus 4sasus zenfone 4asus zenfone 4 maxtelefon bezelesstelefon nirbingkai
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pegasus 4S Telefon Pertama Asus Dengan Paparan Memanjang

Pegasus 4S Telefon Pertama Asus Dengan Paparan Memanjang

6 November 2017
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN