• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaga-jaga ada PENIPU guna nama LHDN nak pulangkan duit anda

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 08/11/2017
  • Komen
Jaga-jaga ada PENIPU guna nama LHDN nak pulangkan duit anda
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pembayar cukai pendapatan yang patuh pada masanya? Biasanya ada lebihan bayaran setiap tahun kan? Pernah tak anda terima emel menyatakan anda mempunyai lebihan bayaran cukai yang ingin dipulangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

IANYA ADALAH SATU PENIPUAN DAN PALSU.

LHDN mendedahkan terdapat sindiket menggunakan nama dan logo agensi berkenaan untuk menipu orang ramai khususnya pembayar cukai. Dalam e-mel palsu berkenaan, mereka meminta penerima e-mel agar mendedahkan butiran akaun bank mereka bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.



“Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperoleh melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.”

“Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara).”

Sebagai pengguna internet sendiri, orang ramai seharusnya menyedari taktik mereka yang kelihatan licik tetapi sebenarnya mudah dikesan. Ia boleh diaplikasikan kepada mana-mana emel yang anda ragui kesahihannya.

Caranya, semak alamat emel penghantar. Jika ia bukan daripada domain rasmi jabatan, 99.99% ia adalah SCAM.



Selain daripada domain, boleh juga melihat nama yang tertera, adakah ia berkaitan. Contohnya nama yang keluar adalah Zainal Rahim tetapi emelnya jacky.graves???

Akhir sekali, jangan klik terus pautan atau kepilan (attachment) di dalam emel yang tidak diketahui sahih. Ini adalah langkah silap paling besar sekali. Kalau dah terbuat, memang boleh ucapkan selamat tinggal kepada duit dalam akaun bank tu.

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh menyemak terus dengan LHDN menerusi Talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726. Selain itu, orang ramai juga boleh melaporkan aduan kepada e-mel [email protected].

Ingat, sentiasa persiapkan diri dengan asas mengenali SCAMMER. Jika was-was, cuba rujuk rakan atau kenalan yang lebih mengetahui, atau berhubung terus dengan talian rasmi jabatan atau syarikat tersebut.

[Sumber: LHDN]

Tags: CukaiCukai PendapatanEmel PalsuEmel SCAMLHDNSCAM
Najib

Najib

POPULAR

Jaga-jaga ada PENIPU guna nama LHDN nak pulangkan duit anda

Jaga-jaga ada PENIPU guna nama LHDN nak pulangkan duit anda

8 November 2017
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER