• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:19 pm
  • 04/04/2026
  • Komen
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pengguna aplikasi MAE Maybank? Ada satu perkara penting yang perlu diambil perhatian.

Maybank baru sahaja mengeluarkan notis yang meminta semua pengguna MAE mengemas kini aplikasi mereka dalam masa terdekat bagi memastikan akses perbankan tidak terganggu.



Menurut Maybank, aplikasi MAE perlu dikemas kini ke versi 0.9.45 atau lebih baharu sebelum 11 April 2026 untuk memastikan ia terus boleh digunakan seperti biasa.

Bagi mengelakkan sebarang gangguan, pengguna disarankan untuk melakukan kemas kini sebelum tarikh tersebut. Namun, jika aplikasi anda sudah berada pada versi terkini, tiada tindakan lanjut diperlukan.



Cara kemas kini dan semak versi aplikasi MAE

Untuk mengemas kini aplikasi, anda hanya perlu buka gedung aplikasi pada telefon masing-masing sama ada App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Kemudian, cari “MAE by Maybank2u” dan tekan butang Update jika kemas kini tersedia. Pastikan versi yang dipasang adalah 0.9.45 atau lebih baharu.

Sebagai alternatif, anda juga boleh semak versi aplikasi terus melalui MAE. Buka aplikasi, tekan ikon tetapan di bahagian atas kiri, kemudian skrol ke bawah sehingga anda menemui bahagian “About” untuk melihat nombor versi semasa.

Dalam masa sama, Maybank turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa memastikan peranti mereka dikemas kini dengan sistem operasi dan tampalan keselamatan terkini. Ini penting bagi melindungi data dan mengelakkan risiko ancaman siber.

Sebagai makluman tambahan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Apple sebelum ini turut mengeluarkan amaran kepada pengguna iPhone untuk mengemas kini iOS ke versi terkini. Ia susulan penemuan eksploit keselamatan dikenali sebagai “Darksword” yang menyasarkan peranti iOS.

Jadi, kalau anda pengguna MAE, elok semak sekarang dan pastikan aplikasi anda sudah dikemas kini sebelum 11 April ini untuk elakkan sebarang gangguan.

[Sumber: Maybank]

Tags: MAEMaybank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN