• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google dedah tabiat pengguna Malaysia memilih pelan telco

  • OLEH Najib
  • 2:37 pm
  • 13/11/2017
  • Komen
Google dedah tabiat pengguna Malaysia memilih pelan telco
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar bukan lagi satu kemewahan, malah ia adalah keperluan buat masyarakat masa kini. Tetapi ia memerlukan kad sim yang digandingkan dengan pelan mudah alih yang bersesuaian.

Bagaimana rakyat Malaysia memilih pelan mudah alih yang sesuai untuk mereka?



Google Malaysia bekerjasama dengan Kantar TNS dalam menjalankan kajian berkaitan persoalan di atas. Laporan kajian ini dibentangkan oleh Jamie Mapa, Pengurus Industri Teknologi dan Telekomunikasi, Google Malaysia.

Jamie Mapa dari Google Malaysia



Tak kenal maka tak cinta. Rakyat Malaysia sememangnya mengenali nama-nama syarikat telekomunikasi di Malaysia, tetapi majoriti tidak mengenali produk atau pelan mudah alih yang ditawarkan secara mendalam. Kerana itu mengenali dan memahami produk banyak membantu untuk pengguna memilih pelan yang sesuai untuk mereka.

Dari bancian yang dijalankan, hanya 22% pengguna yang benar-benar memahami pelan yang sesuai untuk mereka. 41% mengatakan mereka mengetahui serba sedikit dan 37% lagi menyatakan mereka tidak mengetahui tentang produk yang dikaji.

Kerana itu membuat kajian adalah penting untuk pengguna. Tetapi tidak ramai yang tahu dimana mahu bermula. Cara paling mudah adalah merujuk pada kajian mereka yang pakar. Tidak kiralah sahabat handai, keluarga, mahupun melalui pembacaan di laman web (macam SoyaCincau BM ini) atau video di YouTube.

Menurut laporan Google ini, 92% pengguna Malaysia memulakan kajian melalui carian. Ia titik yang penting sebelum pengguna ini dibawa ke portal, laman web atau media sosial berkaitan.

Laporan ini juga menyatakan 1 dari 3 pengguna menggunakan video ketika mencari ulasan produk, dan 8 dalam 10 mempercayai bahawa video dalam talian menambah kredibiliti sesuatu jenama dan produk.

Pengguna di Malaysia mementingkan pelan yang mampu milik serta boleh dinaiktaraf, sebelum mengambil kira aspek lain seperti kualiti produk, prestasi, liputan dan lain-lain ciri yang terdapat di dalam pelan.

Akhir sekali, selepas semua kajian dibuat di dalam talian, majoriti pengguna di Malaysia akan membuat pendaftaran pelan di luar talian, samada terus ke cawangan telco berkaitan ataupun menerusi wakil pengedar sah mereka.

Kajian ini melihat, telco yang berjaya mengetengahkan kandungan yang betul dapat memenangi hati bakal pengguna. Jika telco mampu menawarkan maklumat yang relevan dan berguna di dalam talian apabila ia diperlukan pengguna, mereka akan dapat meraih kejayaan di dalam era ‘mobile-first’ dan ‘consumer-first’, akhiri Jamie dalam pembentangan laporannya.

Buat semua pengguna di luar sana, walaupun kandungan yang menarik dapat membuat hati anda tertarik, tetapi pastikan ianya benar-benar memenuhi keperluan anda. Bukan setakat penuh dengan kata-kata manis seperti tanpa had, paling banyak, terbesar atau paling murah. Semak terma dan syarat terutama perkataan kecil di bahagian bawah.

Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan iklan dan promosi syarikat telco. Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan dan cari yang benar-benar memenuhi keperluan.

Tags: Googlegoogle malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Google dedah tabiat pengguna Malaysia memilih pelan telco

Google dedah tabiat pengguna Malaysia memilih pelan telco

13 November 2017
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN