• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Maxis membuang iPhone dari program Zerolution

  • OLEH Najib
  • 1:38 pm
  • 14/11/2017
  • Komen
Maxis membuang iPhone dari program Zerolution
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar terbaru Apple, iPhone X akan tiba di pesisir pantai Malaysia tidak lama lagi. Disebabkan harganya yang terlampau iaitu lebih RM5,000, subsidi bersama kontrak telco pasti menjadi pilihan ramai.

Tetapi jika anda mahu mendapatkan iPhone X melalui program tanpa bayaran pendahuluan Maxis Zerolution, nampaknya terpaksa melupakan hasrat tersebut.



Maxis di laman webnya mengumumkan penghentian semua model iPhone dari program Zerolution berkuatkuasa serta merta. Pelanggan baru masih ada pilihan model lain berasaskan Android untuk program Zerolution seperti Galaxy Note8, Huawei Mate 10 dan Oppo R9s.

Bagi pelanggan yang sedang melanggan Zerolution dengan iPhone, mereka masih boleh bertukar ke iPhone baru selepas tamat tempoh langganan 12 bulan.



Tetapi pelanggan Maxis masih berpeluang mendapatkan iPhone dengan harga subsidi melalui kontrak biasa. Dengan kontrak biasa, pelanggan akan terikat selama 24 bulan dan perlu membuat bayaran pendahuluan yang agak tinggi sebelum dapat memiliki iPhone yang baru.

Persoalannya sekarang, adakah anda akan membuat tempahan iPhone X pada hari Jumaat ini?

[Sumber: Maxis]

Tags: appleapple iphoneiphonemaxisMaxis ZerolutionZerolution
Najib

Najib

POPULAR

Maxis membuang iPhone dari program Zerolution

Maxis membuang iPhone dari program Zerolution

14 November 2017
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN