• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Firefox Quantum kemaskini terbesar sejak Firefox dilahirkan

  • OLEH Najib
  • 9:56 am
  • 16/11/2017
  • Komen
Firefox Quantum kemaskini terbesar sejak Firefox dilahirkan
Share on FacebookShare on Twitter

Ianya pantas. Sangat pantas. Dua kali lebih pantas.

Inilah yang diperkatakan oleh Mozilla tentang versi terbaru pelayar keluaran mereka, Firefox. Versi terbaru ini dikenali sebagai Firefox Quantum (versi 57), memiliki antaramuka yang baru dan dibina menggunakan teknologi enjin serba baru.



Tambah Mozilla lagi, Firefox Quantum merupakan kemaskini terbesar mereka sejak Firefox dilancarkan pada tahun 2004. Kerana itu, pengguna akan disapa antaramuka yang berbeza selepas kemaskini.

Antaramuka yang baru ini dinamakan sebagai Photon. Sebuah rekaan yang lebih moden dan menyatukan fungsi-fungsi di dalam Firefox di samping mempergunakan kelebihan enjin yang baru.



Rupa dan ciri-ciri baru Firefox Quantum boleh dilihat menerusi video di bawah ini.

Pelayar yang baru ini menggunakan Google sebagai enjin carian utama, tetapi ia masih menyokong lebih 60 enjin carian lain yang dipasang siap di dalamnya, meliputi lebih 90 bahasa. Ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan yang dirasakan sesuai.

Dua fungsi menarik yang baru ditanam ke dalam Firefox Quantum ini adalah Pocket dan Screenshot. Tidak perlu lagi memasang tambahan pihak ketiga untuk menggunakannya.

Pocket menyimpan artikel yang ingin anda baca kemudian di satu muka yang mudah digunakan. Manakala Screenshot merakam gambar sebahagian atau seluruh laman web mengikut keinginan anda.

Kedua-dua fungsi baru ini boleh didapati menerusi Library (ikon empat jalur tegak di atas), ataupun terus dari bar url, terletak di sebelah ikon bintang Bookmark.

Dapatkan dua fungsi baru ini mengembalikan kepercayaan anda kepada Firefox? Jika tidak pun, cuba sendiri kepantasan pelayar baru Firefox Quantum.

Muat turun pelayar Firefox serba baru untuk Windows, Mac atau Linux. Malah, ia juga terdapat untuk peranti mudah alih iOS dan Android.

[Sumber: Mozilla]

Tags: FirefoxFirefox QuantumMozillaPocketScreenshot
Najib

Najib

POPULAR

Firefox Quantum kemaskini terbesar sejak Firefox dilahirkan

Firefox Quantum kemaskini terbesar sejak Firefox dilahirkan

16 November 2017
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN