• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Versatil Adalah Ciri Utama Pada Tab 4 10 Plus Daripada Lenovo

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:52 am
  • 19/11/2017
  • Komen
Versatil Adalah Ciri Utama Pada Tab 4 10 Plus Daripada Lenovo
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo telah mengemas kini barisan produk tablet Android mereka di Malaysia dengan pengenalan dua buah tablet iaitu Tab 4 10 Plus dan juga Tab 4 8. Jika anda bandingkan harga dan spesifikasi yang ditawarkannya, saya rasakan yang tablet ini memberikan nilai yang tinggi pada anda.

Dalam kalangan dua beradik ini, Tab 4 10 Plus memiliki spesifikasi yang lebih tinggi. Pada papan utama, tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 625 bersama-sama RAM sebesar 3GB. Sebanyak 16GB storan dalaman diberikan tetapi ia boleh diperluas melalui slot kad storan.



Lenovo Tab 4 10 Plus

Melayani kandungan multimedia pada tablet ini dijangka amat mempersonakan dengan kehadiran panel HD Penuh (1920×1200) sebesar 10.1″. Selain itu, pada kiri dan kanan paparan terdapat speaker yang menembak ke arah depan.



Ia diberikan bateri yang agak besar iaitu 7,000mAh. Tapi, Lenovo tidak pula berkongsi sama ada tablet ini memiliki teknologi pengecasan pantas.

Berbanding saudara besarnya, Tab 4 8 memiliki spesifikasi yang lebih rendah. Dikuasakan cip pemproses Snapdragon 425 dan RAM 2GB, tablet ini mendukung sistem operasi Android 7 Nougat.

Lenovo Tab 4 8

Pada bahagian paparan pula, anda melayani video daripada paparan 1280×800 seluas 8″. Bateri pula lebih kecil daripada yang dimiliki Tab 8 Plus iaitu 4,850mAh berbanding 7,000mAh.

Kedua-dua tablet ini sudah mula dijual di pasaran kita. Jika anda berminat untuk memilikinya, Lenovo Tab 4 8 dijual pada harga RM749 manakala saudara besarnya menerima tanda harga RM1,299.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut:

  • Lenovo Tab 4 10 Plus
  • Lenovo Tab 4 8

Tags: lenovo malaysialenovo tab 4lenovo tab 4 10 pluslenovo tab 4 8tablettablet androidtablet malaysiatablet murah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Versatil Adalah Ciri Utama Pada Tab 4 10 Plus Daripada Lenovo

Versatil Adalah Ciri Utama Pada Tab 4 10 Plus Daripada Lenovo

19 November 2017
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN