Remaja maut direnjat kabel iPhone

Pasti ramai yang sering mengecas telefon sewaktu tidur. Ia adalah cara yang mudah kerana satu-satunya masa kita tidak kisah berenggang dengan teman hidup kita paling rapat itu. Tetapi jika tidak kena caranya, ia boleh membawa maut.

Itulah yang terjadi kepada seorang remaja Vietnam. Le Thi Xoan, seorang pelajar berusia 14 tahun dikatakan telah terkena renjatan elektrik sewaktu tidur, kerana sebuah kabel pengecas yang rosak.

Laporan awal menyatakan mangsa telah memasang pengecas iPhone 6 beliau dan meletakkan telefon tersebut di atas katil di sebelahnya. Ini adalah perkara yang sering beliau lakukan.

Thời gian vô thường: Đời người thật ngắn ngủi để rồi thoáng chốc hiểu ra một điều, được sống thanh thản hưởng trọn niềm…

Posted by Chí Nguyễn on Sunday, 12 November 2017

Kemudian, beliau dipercayai tersentuh bahagian kabel yang rosak itu. Polis Hanoi menemui kabel yang terbakar di katilnya, bersama bahagian kabel yang terkoyak dan dibalut.

Ibubapa remaja tersebut menemui beliau tidak sedarkan diri dan membawanya ke hospital. Bagaimanapun beliau diisytiharkan telah meninggal dunia di hospital tersebut.

Doktor mengesahkan punca kematian disebabkan renjatan elektrik. Polis menemui kabel yang digunakan lebih pendek dari kabel iPhone yang asli, tetapi masih belum mengesahkan sama ada ianya kabel yang asli atau dari pihak ketiga. Siasatan masih dijalankan.

Ada beberapa kajian yang mengatakan mengecas telefon pintar terlalu lama terutama sekali sewaktu tidur, tidak baik untuk jangka masa panjang peranti. Ia menjadi lebih merbahaya apabila peranti yang dicas itu diletakkan di samping kita sewaktu tidur.

Tetapi perkara yang paling jelas merbahaya, adalah penggunaan kabel dan pengecas yang rosak apatah lagi wayar hidup yang terdedah. Selain itu, penggunaan kabel dan pengecas yang tidak diketahui kualitinya juga boleh membawa bahaya.

BACA  Ini Mungkin Sebabnya Mengapa Apple Adalah Syarikat Terkaya Di Atas Muka Bumi

Contoh kabel iPhone asli dari Stor Apple Malaysia

Kerana itu, berbelanjalah lebih sedikit untuk mendapatkan perkakas yang dijamin kualitinya. Ia mengorbankan sedikit wang kita, tetapi dapat mengelakkan dari mengorbankan nyawa.

[Sumber: TheStar]